Tuesday 25 March 2014


Rahsia Yang Manusia Tidak Tahu

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

*Sumber dari usahataqwa.com

Posted on Tuesday, March 25, 2014 by Anonymous

No comments

Monday 24 March 2014

Cara Hidup Ibu-Bapa Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

1. Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an terutama Surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At Taubah.

2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.

3. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

4. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

5. Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu-waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama.

*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn Tajuk: Mendidik anak secara Islam

Posted on Monday, March 24, 2014 by Anonymous

No comments

Sunday 23 March 2014

Tokoh-tokoh yahudi yang merosakkan pemikiran

Besar, berbadan kukuh, dengan rerimbunan pohon mengelilinginya. Itulah gambaran Universiti tertua di Israel: Hebrew University. Ia ditubuhkan di tanah haram. Tanah sah milik bangsa Palestin yang terang-terangan dicuri demi Israel Raya. Tak heran dari kampus tua ini lahir bejibun pelakon pendukung Zionisme Israel. Kurikulum pun dirancang sedemikian rupa demi menelurkan sederetan orientalis yang angkuh. Ada yang merosakkan, ada pula yang merombak. Sasarannya adalah tatanan dunia Islam; dari ilmu hingga budaya.

Salah satu nama yang jarang dikenali atas kejayaan Hebrew dalam merosakkan kajian Islam adalah Joseph Horovits. Judah Magnes, Orientalis Yahudi keturunan Jerman yang merintis lahirnya Islamic Studies di Hebrew ini melihat bakat intelektual Horovits yang mampu menggabungkan Studi Islam dan Yahudi secara teologi. Atas pengaruh Judah Magnes pula, Horovits terpilh menjadi dewan pimpinan di universiti yang berdiri tahun 1918 tersebut.

Herry Nurdi dalam bukunya Belajar Islam Dari Yahudi menjelaskan bahawa Horovits sejatinya adalah seorang Yahudi ortodoks dari seorang rabbi di Frankurt. Kerjayanya dalam dunia orientalisme sebenarnya bermula sepanjang tahun 1907 hingga 1914. Kala itu ia menjadi pengarah dalam projek Islamic Inscription Department di bawah pemerintahan India. Kemampuannya menjadi orientalis terus terasah hingga dalam perjalanannya ke Frankfurt ia menghantar memorandum kepada Judah Magnes agar segera membentuk Institute of Arabic and Islamic Studies; ya Insitut yang kelak akan menjadi Universiti yang disegani di dunia Arab; Hebrew.

Horovits juga menyarankan agar pimpinan Insitut sebaiknya dipimpin oleh Sarjana Yahudi dari Amerika atau Eropah dan berharap beberapa pelajaran yang dikaji antaranya tafsir, hadis, fiqh, dan sejarah Islam. Horovits kemudian menyertakan lapan senarai nama Yahudi orientalis yang ia cadangkan untuk memimpin projek ini, termasuk dirinya sendiri.

Pada tahun 1926, Judah Magnes akhirnya bersetuju Horovits sebagai Pengarah yang boleh mengendalikan operasi institut kajian Islam ini dari jauh, di Eropah tepatnya. Dan pada 22 April 1926, berlangsung pertemuan pertama guru-guru Yahudi membahas rencana besar ini di Jerusalem. Mereka di antaranya adalah Horovits, Magnes, Billig, Mayer, Baneth, dan Ginsberg. Di Jerusalem itulah mereka mula menyusun dan merancang rencana kerja penyelidikan. Billig ditugaskan untuk menyelaraskan rencana-rencana penyelidikan dibantu dua orang pembantunya. Dan Horovits ditugaskan untuk melakukan kajian sastera klasik Arab.

Salah satu projek yang bercita-cita Horovits adalah menerbitkan Ansab Al-Ashraf of Baladhuri, sebuah projek yang disebut Horovits sebagai sebuah kaedah memahami Al-Quran. Tapi hingga kini, projek berprestij ini tak kunjung usai. Dari 10 jilid yang dirancang, baru disiapkan dua jilid saja.

Salah satu murid Horovits yang kemudian "menjadi" atas tempaannya adalah SD. Goiten. Ia langsung datang ke Israel dari Berlin pada tahun 1928. Di Israel, Goiten mengajar ilmu-ilmu bible dan kelak menjadi salah satu orientalis Yahudi yang sangat proaktif mengeluarkan karya-karyanya yang cukup sengit menyerang Islam.

Sejak awal Hebrew University memang cuba untuk membincangkan Islam dalam dua tema besar. Pertama, kekayaan tamadun Islam; terutama pada zaman pertengahan dan kedua menyelami bahasa-bahasa Arab klasik yang nantinya akan digunakan sebagai senjata untuk menyerang sumber-sumber Islam seperti Al-Quran dan ajaran di dalamnya. Semua ini harus mereka pelajari dengan tujuan menakluk dunia Islam demi kejayaan Israel Raya.

Muhammad Al Bahiy, seperti dikutip oleh Mohammad Natsir Mahmudi dalam bukunya Orientalisme Al-Quran di Mata Barat, juga menyifatkan hal senada. Ia mengemukakan ada dua motivasi para orientalisme yang sangat berkaitan erat pada misi politik terhadap umat Islam.

Pertama, tidak terlepas pada dominasi untuk memperkukuhkan Imperialisme Barat atas Negara-negara Islam. Kedua, mengukuhkan semangat perang salib dengan menggunakan kuasa kajian Ilmiah dan kemanusiaan. Ya nyanyian lazim para pelantun Zionisme dengan cita-cita membina dunia tanpa agama dan hanya menyisakan Yahudi sebagai nilai yang sesuai dianuti. Sebagaimana termaktub dalam Protocol of Zion pasal 14:

"Diusahakan di dunia ini hanya satu agama, iaitu agama Yahudi (inti ajaran agama yahudi adalah pemujaan kebendaan atau materialisme, pen). Oleh kerana itu segala keyakinan yang lain perlu dikikis habis. Kalau dilihat di masa kini, banyak orang yang menyimpang dari agama. Pada hakikatnya keadaan seperti itulah yang menguntungkan yahudi. Di masa akan datang masyarakat dunia akan berduyun-duyun memasuki agama Musa yang menundukkan mereka berada di bawah telapak kaki yahudi. Pada saat itu, suara kritikan hanya tertumpu kepada agama selain yahudi. Orang tak akan berani menelanjangi agama kita. Kerana rahsia yang terkandung dalam ajaran agama Yahudi sangat dalam, dan ajarannya selalu diperjuangkan oleh pendeta-pendeta kita. Segala karya tulis yang mengkritik agama kita tidak dibenarkan terbit dan tersebar di masyarakat. Kita terus berjuang menyebar-luaskan tulisan sastera picisan di masyarakat negara kuasa besar. "

Sumber : DetikIslam

Posted on Sunday, March 23, 2014 by Anonymous

No comments

Saturday 22 March 2014

Kejatuhan Moghul kerana fitnah perlu jadi iktibar

EMPAYAR Mughal (Moghul) juga disebutkan sebagai (Mughal Baadshah) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya telah diberikan peluang untuk mentadbir Afghanistan, Ba-lochistan, dan kebanyakan anak benua India antara tahun 1526 sehingga 1857. Kejatuhannya yang antara sebabnya berleluasanya fitnah perlu dijadikan iktibar. Empayar Islam ini yang juga dipanggil sebagai Moghul, didirikan oleh pemimpin berketurunan Mongol, Babur pada 1526 ketika beliau mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir dalam Pertempuran Pertama Panipat.

Perkataan Mughal adalah versi Indo-Aryan daripada Mongol. Agama rakyat Mughal adalah Islam. Kesan daripada kemajuan pembangunan Islam yang dibangunkan daripada Mughal pada satu saat dulu, maka warisan itu masih juga dapat dilihat pada hari ini.

Catatan di bawah ini dipetik daripada catatan Dr. Awang Sariyan (Kembara Bahasa) di Facebook. Hadir rasa kagumnya ketika menyaksikan betapa banyaknya kesan pengaruh bangunan Islam di kota Huhhot. Huhhot adalah ibu kota salah sebuah wilayah Mongolia dalam yang sentuhannya dilihat sebagai begitu berseni. la hidup dengan seni bina Arab (Islam), di sebalik pembangunan hotel, gedung beli-belah mahu pun hospital; demikian menurutnya :

"Penduduk Islam hanya kira-kira 40,000 orang di kota itu, tetapi terdapat daerah penduduk Islam di kota itu yang menjadi salah satu mercu tanda kota Huhhot," tulisan beliau dipetik.

Melalui catatan ringkas itu juga, dikatakan ada 12 buah masjid di kota Huhhot sahaja. Sementara itu, di seluruh daerah pendalaman Mongolia, yang saiznya sekitar satu perenam negara China, terdapat penempatan "Islam yang dianggarkan kira-kira melibatkan ratusan buah masjid.

"Yang menarik ialah bahawa walaupun merupakan penduduk minoriti, Islam diiktiraf sebagai agama yang penting di daerah itu dan penduduknya dihormati oleh penduduk majoriti yang terdiri daripada bangsa Mongol dan Han," kata beliau lagi.

Tambahnya pada tahun 2008, kota Huhhot telah dikurnia Anugerah Antarabangsa Dubai sebagai kota Amalan Sekitaran Kehidupan Islam.

Sebahagian keturunan Mongol menjadi Muslim terutama selepas melihat teladan baik orang Islam di rantau yang mereka takluki. Bangsa ini akan sentiasa diingati sebagai pemusnah kota Baghdad pada 1258, sekali gus mengakhiri Daulah Abbasiyah.

Kedudukan agama model Altantuya dari Mongolia misalnya turut menjadi bahan perbahasan sebab ada pihak mendakwa bahawa mangsa itu beragama Islam. Tapi akhirnya abu Altantuya yang diambil sudah cukup menyebabkan kita membuat kesimpulan bahawa mangsa itu bukanlah Muslim.

Bani Abbasiyah, Bani Umayyah telah diberi peluang mentadbir dunia melalui ajaran-Nya (Islam), tetapi disebabkan kemaksiatan yang menyebabkan para ulama menjadi bisu, lalu kekuasaan mereka digantikan dengan kaum-kaum lain pula melalui jalan peperangan.

Menurut sejarah, kerajaan Moghul sebahagian besarnya adalah di bawah taklukan Sher Shah ketika tadbiran Humayun. Di bawah Akbar kerajaan ini berkembang terus sehingga pada akhir pentadbiran Aurangzeb. Kemudian, Ja-hangir anak kepada Akbar diberi peluang memerintah kerajaan ini antara 1605 - 1627.

Selepas Oktober 1627, Shah Jehan, anak Jahan-gir telah mewarisi takhta kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad itu, dikatakan bahawa empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maka, ketika zaman keagungan inilah Maharaja Mughal Shah Jehan, memerintahkan pembangunan Taj Mahal antara 1630-1653 di Agra, India. la dibina atas nama cintanya ke atas isteri-nya, Mumtaz Mahal.

Ketika inilah empayar Mughal mula berdepan dengan kemerosotannya. Apa pun, selepas pentadbiran Shah Jehan, maka empayar itu diganti dengan anak ketiga beliau bernama Aurangzeb. Dan, setelah kematian Aurangzeb pada 1707, Mughal mengalami kemunduran.

Pada 1739, empayar ini dikalahkan Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi sebelum Empayar British akhirnya membubar-kannya pada 1857. Inilah kali terakhir Empayar Mughal jatuh. la jatuh di India, atau setepatnya, Pakistan. Warisan Mongol ini mengalir ke Pakistan seperti mana kesan pengaruh empayar Turki mengalir ke dalam Alam Melayu.

Pada masa depan sejarah peradaban Islam Mughal ini wajar diberi penekanan di sekolah agar Muslimin masa depan dapat menyemak semula kelemahan termasuk fitnah yang berleluasa untuk dijadikan iktibar dan jangan diulangi. Tanpa mengenal di mana sempadan kelemahan umat terdahulu, sulit bagi kita membina dan menyu-sun semula kekuatan kita pada masa-masa hadapan.

- sumber dari tarbawi.my

Posted on Saturday, March 22, 2014 by Anonymous

No comments

Friday 21 March 2014

Matahari Ditahan Terbenam Untuk Nabi Yusya’ Bin Nun

Nabi Musa ‘alaihis salam memiliki seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica.

Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya, mengepung kota tersebut sampai enam bulan lamanya.

Suatu hari, mereka bersepakat untuk menyerbu ke dalam. Diiringi dengan suara terompet dan pekikan takbir, dan dengan satu semangat yang kuat, mereka pun berhasil menghancurkan pagar pembatas kota, kemudian memasukinya. Di situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu pria dan wanita. Mereka juga memerangi sejumlah raja yang berkuasa. Mereka berhasil mengalahkan sebelas raja dan raja-raja yang berkuasa di Syam. Hari itu hari Jum’at, peperangan belum juga usai, sementara matahari sudah hampir terbenam. Berarti hari Jum’at akan berlalu, dan hari Sabtu akan tiba.

Padahal, menurut syari’at pada saat itu, pada Sabtu dilarang melakukan peperangan. Oleh karena itu Nabi Yusya’ bin Nun berkata: “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikuti perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, begitu pula aku. Aku bersujud mengikuti perintahNya. Ya Allah Subhanahu wa Ta’ala, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam dulu!”. Maka Allah S.w.t menahan matahari agar tidak terbenam sampai dia berhasil menaklukkan negeri ini dan memerintahkan bulan agar tidak menampakkan dirinya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya karena seorang manusia kecuali untuk Yusya’. Yakni pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).’” (HR: Ahmad dan sanad-nya sesuai dengan syarat Al-Bukhari).

Akhirnya Nabi Yusya’ dan kaumnya berhasil memerangi dan menguasai kota tersebut. Setelah itu Nabi Yusya’ bin Nun memerintahkan kaumnya untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mau membakarnya. Lalu Beliau meminta sumpah kepada kaumnya. Dan akhirnya diketahui ternyata ada dari kaumnya yang berkhianat dengan menyembunyikan emas sebesar kepala sapi.

Akhirnya orang-orang yang berkhianat mengembalikan apa yang mereka curi dari harta rampasan perang itu. Kemudian dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya. Barulah kemudian api mau membakarnya.

Demikian syariat yang dibawa oleh Nabi sebelum Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam. Yaitu tidak boleh mengambil harta rampasan perang. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan Syariat Nya dengan memperbolehkan bagi Rasulullah Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam untuk mengambil rampasan perang agar dapat diambil manfaat yang banyak dari harta rampasan perang itu.

Setelah Baitul Maqdis dapat dikuasai oleh Bani Israil, maka mereka hidup di dalamnya dan di antara mereka ada Nabi Yusya’ yang memerintah mereka dengan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala, Taurat, sampai akhir hayatnya. Dia kembali ke hadirat Allah Subhanahu wa Ta’ala saat berumur seratus dua puluh tujuh tahun, dan masa hidupnya setelah wafatnya Nabi Musa ‘alaihis salam adalah dua puluh tujuh tahun.

(Sumber Rujukan: Al Qur’anul Karim; Riyadhus Shalihin; Syarah Lum’atil I’tiqod)

*Sumber dari suatuperjalananmaya.com

Posted on Friday, March 21, 2014 by Anonymous

No comments

Thursday 20 March 2014

Ketika berkumandangnya azan, keadaan di pasar, pejabat, terminal serta tempat-tempat lain masih hiruk pikuk dipenuhi umat muslim. Mereka tidak bergegas memenuhi panggilan azan ini, bahkan ada juga yang melalaikan solat lima waktu. Menunaikan solat tepat waktunya bererti melatih diri untuk disiplin.

Bila kita mulai dari disiplin solat, maka kita akan terbiasa melakukan disiplin-displin dalam aktiviti-aktiviti lain. Solat tepat waktu bisa menjadi ukuran disiplin bagi seorang muslim.

Keutamaan solat ketika masuk waktu

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"... Seandainya orang-orang mengetahui pahala azan dan barisan (saf) pertama, lalu mereka tidak akan memperolehnya kecuali dengan ikut undian, nescaya mereka akan berundi. Dan seandainya mereka mengetahui pahala menyegerakan solat pada awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. Dan seandainya mereka mengetahui pahala solat Isya dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan jalan merangkak. "(HR. Bukhari).

Keutamaan solat tepat pada waktu juga boleh menjadikan seseorang lembut hati dan dikurniakan kesihatan yang baik. Untuk solat Isyak Nabi biasa mengerjakannya pada sebahagian besar waktu malam.

"Telah bersabda Rasulullah saw." Sekiranya tidak memberatkan umatku, tentu aku suruh mereka mengundurkan isyak hingga sepertiga atau seperdua malam. "(HR.Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi).

Mesej Khalifah Usman bin Affan ra:

"Orang-orang yang memelihara solat lima waktu dan mengerjakannya tepat pada waktunya, maka Insya Allah, Allah akan memuliakan orang itu dengan sembilan macam kemuliaan:

1. Dicintai Allah
2. Badannya sentiasa sihat
3. Dijaga oleh Malaikat
4. Diturunkan berkah untuk rumahnya
5. Mukanya akan kelihatan tanda orang yang soleh
6. Allah akan melembutkan hatinya
7. Dapat melalui jambatan Shiratal Mustaqim seperti kilat
8. Akan diselamatkan dari api neraka
9. Allah akan menempatkannya ke dalam golongan orang-orang yang tidak takut dan bersedih.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Posted on Thursday, March 20, 2014 by Anonymous

No comments

Wednesday 19 March 2014

Tanah Perkuburan dan Larangannya


Menurut Mazhab Syafi'e, mendirikan sebarang binaan sama ada berupa atap, kubah, rumah, masjid, tambak dan apa jua binaan lainnya di dalam atau di atas kubur di tanah perkuburan awam adalah haram dan binaan itu hendaklah dirobohkan kecuali kubur orangorang tertentu seperti kubur-kubur para nabi, para syuhada, orang-orang salih dan seumpamanya. Imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu 'anhu yang bermaksud :

"Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegah dari menembok (memplaster) kubur, menulisnya dan mendirikan binaan di atasnya."

Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayidina Umar Radhiallahu 'anhu yang merobohkan satu kubah yang dibina di atas kubur dan berkata :"Biar mayat ini dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri."

Pengharaman ini adalah kerana dengan adanya binaan tersebut maka akan menyempitkan kawasan tanah perkuburan dan akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai untuk menanam mayat di kawasan itu sedangkan tempat itu adalah hak orang ramai dan bukan hak persendirian, sesiapa sahaja boleh menanam mayat di kawasan itu.

Tetapi jika tanah perkuburan itu adalah hak milik persendirian ahli kubur, maka mendirikan binaan di dalam dan di atas tanah perkuburan
adalah makruh dan tidak perlu dirobohkan. Begitu juga jika tanah perkuburan itu berada di kaki bukit atau di tanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya runtuh, maka boleh didirikan binaan seperti tembok bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh. Perbuatan seumpamanya ini adalah dibolehkan bagi menjaga maslahat kubur dan tanah perkuburan tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang dilarang mengenai kubur ialah:

i. Memakmurkan kubur yang sudah lama dan menjadikannya seolah-olah kubur baru kerana yang demikian boleh mengelirukan orang ramai dan menganggap bahawa kubur itu adalah kubur baru dan dengan demikian menghalangnya untuk menanam mayat di situ.

ii. Menyapu kapur atau plaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) pada kubur kerana perbuatan itu bermaksud hiasan dan kubur bukanlah tempat untuk berhias-hias dan berbangga-bangga.

iii. Menulis, mengukir dan menghias kubur sama ada di bahagian atas kepalanya atau bahagian lain seperti menulis kubur dengan ayat-ayat Al-Qur'an, syair-syair dan kata-kata pujian, meletakkan hiasan jambangan bunga manis, menyimpan rumput-rumput hiasan, meletakkan batu-batu marmar, mengukir dengan ukiran bunga dan sebagainya. Semua perbuatan tersebut tidak memberi manfaat kepada ahli kubur dan merupakan suatu pembaziran. Bagi larangan menulis ayat-ayat Al-Qur'an pula, adalah kerana ayat-ayat Al-Qur'an tersebut akan terdedah kepada pencemaran kehormatan ayat-ayat suci dan tiada jaminan dalam pemiliharaannya. Walau bagaimanapun menulis nama ahli kubur bagi tujuan pengenalan semata-mata adalah dibolehkan bagi pendapat setengah ulama.

iv. Mengucup kubur, mengelilinginya (tawaf), memasang setanggi padanya dan mengambil tanahnya untuk mengubat penyakit.

v. Tidak harus memasang pelita di atas kubur kerana kubur-kubur tidaklah dikehendaki terang dan diterangi dan disuluh dengan lampu sebagaimana masjid-masjid.

vi. Sembahyang di kubur dan menghadap kubur. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Abi Marsad Al-Ghanawi bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah duduk di atas kubur dan jangan sembahyang menghadap ke arahnya.

vii. Makan dan minum.

viii. Berkata-kata yang tidak baik.

*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn

Posted on Wednesday, March 19, 2014 by Anonymous

No comments