Bagi mereka yang masih samar-samar isu yang berlaku di Mesir, memadai “banner” yang dipegang oleh seorang lelaki ini dalam satu demonstrasi menentang rampasan kuasa. Tulisan yang menerangkan 7 sebab mengapa Presiden Mesir Muhammad Mursi di’perangi’ oleh musuh-musuhnya dalam dan luar negara.
” Antara Sebab Mereka Memerangi Presiden Pilihan Rakyat (Dr Mursi) “:
1) Menamatkan pemerintahan “ikut telunjuk” dan penguasaan tentera
*tiada lagi pemerintahan yang ‘dicucuk hidung’ oleh mana-mana kuasa asing seperti yang berlaku pada era rejim Mubarak yang bertindak sekadar boneka kepada Zionis dan Amerika.
*menamatkan juga pemerintahan tentera yang telah melanggar ‘sempadan kuasa’ yang bertindak menjaga persempadanan negara dan ancaman musuh dari luar, yang dirampas oleh mereka dari tangan rakyat sejak tahun 1952. Bermula dengan Jeneral Mohammed Nagib hingga Hosni Mubarak, semua mereka adalah lantikan tentera.
2) Menghasilkan makanan, ubat-ubatan dan senjata sendiri
*Berusaha untuk menghasilkan produk sendiri tanpa bergantung kepada kuasa besar dunia. Contoh, dalam tempoh setahun tanaman gandum di Mesir meningkat berbanding tuaian di zaman Mubarak yang seolah-olah mencabar Perjanjian Camp David yang termetrai.
*Projek mega yang dilancarkan hasil cetusan Mursi iaitu projek membangunkan semula Terusan Suez yang turut melibatkan wilayah Port Said, Ismailiyah dan Suez yang akan dibangunkan secara berperingkat. Hasilnya, Mesir akan menjadi tumpuan para pelabur dan ia amat mencemaskan beberapa negara Teluk terutamanya UAE.
3) Membela golongan fakir dan orang-orang dhaif
*Rakyat Mesir dimiskinkan dan dijahilkan oleh rejim Mubarak bertujuan menjadi ‘talihayat’ buat partinya dalam tempoh pilihanraya 5 tahun sekali. Maka mereka yang miskin dan buta huruf ini merupakan ‘aset tetap’ bagi Mubarak untuk terus berkuasa.
7 sebab
4) Memberikan kebebasan dalam berpolitik
*Siapa sahaja bebas untuk mengkritik dan menegur pemerintahan Mursi. Bahkan kebebasan ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh musuh politik Mursi untuk menghentam membuta tuli namun tiada seorangpun dikalangan rakyat khasnya pembangkang beliau yang ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah semata-mata menegur beliau.
5) Kebebasan buat media dan pembebasan badan kehakiman (dari cengkaman pemerintah)
*Diberikan ruang sepenuhnya kepada media meskipun terdapat maklumat palsu yang disebarkan, tiada saman atau pertuduhan dihadapkan kepada akhbar-akhbar tersebut. Ini berbeza selepas rampasan kuasa 3 Julai 2013, beberapa buah stesen tv satelit telah ditutup termasuk tv milik Ikhwan, “Misr25″.
*Tiada campurtangan pemerintah dalam setiap keputusan dalam perbicaraan mahkamah dan hakim bebas tanpa cengkaman dan telunjuk penguasa.
6) Memerangi salahguna kuasa dan membuang mereka yang terlibat dengan penyelewengan
*”Fasad” atau kerosakan yang berlaku kepada sistem Mubarak cuba dibaiki dengan membuang dan menyingkirkan mereka yang menjadi talibarut Mubarak dalam institusi serta jabatan kerajaan. Mursi memulakannya dengan menyingkirkan bekas Ketua Tentera zaman Mubarak, Husein Tantawi dan timbalannya, Sami ‘Annan kemudian memecat Peguam Negara Mubarak, Abdul Majid Mahmoud serta diikuti oleh semua kementerian-kementerian dengan memecat ketua-ketua syarikat yang terlibat dengan penyelewengan wang dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang dipecat ini akhirnya tidak berpuas hati dan mengadakan kekecohan di jalan-jalanraya mendakwa Mursi tidak mendengar isi hati mereka dan kemudian turun bersama-sama kumpulan “Tamarrud”.
7) Presiden Islamik yang pertama dipilih oleh rakyat
*Mengutamakan solat dan mampu mengimami solat dengan rakyat jelata. Mementingkan kualiti kerja dengan sering memetik ayat-ayat Al Quran dan Hadith sebagai kalam peransang.
*Berusaha melaksanakan syariat Allah. Prihatin dan cakna terhadap nasib umat Islam di Syria, Palestin dan Myanmar
” Tumbang-tumbang pemerintahan tentera !!!..”

- See more at: http://wanfauzi.com/7-sebab-dr-mursi-diperangi/#sthash.iFC4OPqr.dpuf