Hari Kiamat adalah kepastian. Tidak hanya Islam yang meyakini hari akhir, tetapi juga beberapa agama lain. Kiamat akan selalu ditandai dengan beberapa peristiwa menjelang hari kehancuran alam semesta tersebut. Akhir zaman seringkali digambarkan sebagai suatu masa yang diwarnai oleh kesusahan, peperangan dan konflik kemanusiaan sehingga datangnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa yang akan membunuh Dajjal. Ini tanda-tanda kiamat yang dipercaya oleh kaum Yahudi dan Syiah.
Menurut Kepercayaan Yahudi
Menurut tradisi Yahudi, mereka yang hidup pada akhir zaman akan menyaksikan:
1. Dikumpulkannya orang-orang Yahudi di pembuangan ke Israel yang ada secara geografi.
2. Dikalahkannya semua musuh Israel.
3. Pembangunan Kenisah di Yerusalem dan dihidupkan semula persembahan korban dan ibadah di Kenisah,
4. Kebangkitan orang mati (techiat hameitim)
5. Pada suatu ketika, Mesias Yahudi akan menjadi Raja Israel. Dia akan memisah-misahkan orang-orang Yahudi di Israel menurut bahagian-bahagian wilayah sukunya yang asli di negera Israel. Pada masa ini, Gog, raja Magog, akan menyerang Israel.
Siapa Gog dan negara Magog itu tidak diketahui. Magog akan bertempur dalam suatu pertempuran hebat, yang mengakibatkan jumlah korban yang besar di kedua-dua belah pihak, tetapi Allah akan ikut campur dan menyelamatkan orang-orang Yahudi.
Ini adalah pertempuran yang dirujuk sebagai Armagedon. Setelah memusnahkan musuh-musuh yang terkini ini untuk selama-lamanya, Tuhan umat Yahudi akan mengusir semua kejahatan dari kewujudan manusia. Selepas tahun 6000 (dalam kalendar Yahudi), milenium ketujuh adalah masa kesucian, ketenangan, kehidupan rohani, dan keamanan di seluruh dunia, yang disebut sebagai Olam Haba (Dunia Masa Depan). Ketika itu semua umat Yahudi akan mengenal Tuhan secara langsung.
Menurut Ajaran Sesat Syiah
Majoriti ulama Syiah bersepakat akan butiran kejadian-kejadian yang akan berlaku pada hari-hari terakhir:
1. Dajjal akan mendakwa dirinya sebagai penyelamat umat manusia dan bangsa-bangsa dari semua agama akan bersatu di bawah agamanya.
2. Akan terjadi pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Syiah di Iraq (sekitar sungai Eufrat) dan untuk setiap mereka akan disediakan hadiah wang, walaupun mereka bukan penjahat.
3. Akan berlaku pemberontakan oleh seorang "Yamani" yang akan dikalahkan dalam usahanya itu.
4. Imam Mahdi akan muncul kembali dan menyampaikan khutbahnya di Kaabah dan akan mengumpulkan pasukan dengan 313 jeneral dan ribuan pengikut untuk mengalahkan Dajjal.
5. Seseorang yang bernama "Sufyani" (agamanya tidak disebutkan, walaupun dia adalah keturunan dari dinasti Ummayyah yang telah berpecah dan keturunannya kemungkinan tersebar di Levant dan Sepanyol atau Marokko selama 12 abad terakhir), akan mengetuai pasukan-pasukan dari Syria melintasi Iraq ke Arab untuk mengalahkan pasukan-pasukan Mahdi bersama-sama dengan sekutu-sekutunya.
6. Imam Mahdi akan mendirikan kembali Islam yang sejati dan dunia akan mencari keamanan dan ketenangan.
7. Imam Mahdi akan berkuasa untuk suatu masa.
8. Kebangkitan manusia akan bermula, sementara itu hari penghakiman akan bermula.
Sumber : Detikislam
0 comments:
Post a Comment