Thursday, 9 January 2014

"Brother Muhamad, hari itu kamu ingin tahu kota kecil Lud kan?. Kejap lagi saya akan tunjuk di mana pekan Lud ini", kata Nasir, pemandu pelancung pada saya ketika kami mula meninggalkan Bethlehem.

Coster yang kami naiki mula bergerak. Hari ini, 27 April 09, kami bergerak ke Yafa melalui Tel Aviv. Perjalanan melalui highway besar. Dari Jerusalem ke Yafa lebih kurang 70 km. 

"Kamu tahu, orang di sini suka tinggal di Yafa. Dia bandar cantik tepi pantai. Yafa digelar sebagai "Arus al-Bahr" (pengantin pantai). Orang yang tinggal di sini semua ibarat pengantin kerana cantiknya tempat ini. Ada satu pepatah orang Palestin. Mari tinggal di Yafa, Enjoy di Tel Aviv dan Taubat di Jerusalem" Nasir memulakan celotehnya.

"Kenapa kamu ingin tahu di mana pekan Lud, dan ramai orang dari luar juga bertanyakan tempat ini," tanya Nasir.

"Tempat ini adalah tempat di mana Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Ia terdapat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi. Anak Maryam (Isa) akan membunuh Dajjal di pintu Lud " Saya menerangkan pada Nasir.

"Saah (ye ke?..)" tanya Nasir dengan kepala sedikit teleng. Nasir memoncongkan sedikit bibir bawahnya sambil menganggukan sedikit kepalanya tanda perkara ini baru didengarnya.

"Hah di sinilah jalan ke kota Lud, cuba kamu lihat di sana, tanah yang subur, itulah perkampungan Lud", Nasir menunjukkan jarinya ke sebelah kanan jalan.

Saya melihat tempat ini. Berbukit dan luas saujana mata memandang. Di dalam hati saya berbisik. "Subhanallah, di sinilah tempat Dajjal di bunuh".

Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari kekhalifahan Umayyah, beliau pernah datang ke kampung Lud ini. Beliau ingin membeli kampung yang ada sejak zaman Nabi Isa ini. Beliau ingin menjadikan perkampungan ini perkampungan orang Islam.

Khalifah tahu bahawa tempat inilah, tempat di mana Dajjal laknatullah dibunuh. Ketika ditawarkan, orang kampung ini tidak mahu menjual tanah di sini. Mereka juga tidak mahu menerima Islam. Oleh kerana penduduk di sini membayar jizyah, khalifah tidak boleh memerangi mereka.

Penasihat Khalifah berkata kepada beliau, kenapa kita tidak bina sahaja perkampungan lain. Kita dudukkan di sana semua orang Islam. Khalifah termenung dan memikirkan cadangan ini. Kemudian, baginda bangun, bersetuju untuk mencari tanah disebelah perkampungan Lud.

Ketika di dalam pencariannya, khalifah bertemu dengan seorang ketua Badui yang telah Islam. Khalifah bertanyakan adakah orang di kawasan ini ingin menjual tanahnya. Ini kerana khalifah akan mewaqafkan kembali untuk dijadikan perkampungan orang Islam. Ketua Badui ini bersetuju memujuk kaumnya untuk membangunkan perkampungan orang Islam di sebelah kampung Lud ini.
Di dalam perbicangan, khalifah telah dihidangkan dengan kopi yang sangat enak. Khalifah bertanya kepada ketua Badui ini,

"Siapakah yang membuat kopi ini?"

"Anak perempuan saya", kata ketua Badui.

"Siapa namanya" tanya khalifah lagi.

"Ramlah". Jawab ketua Badui.

"Baiklah. Kita akan namakan perkampungan baru ini dengan nama Ramlah." Kata Khalifah.

Kota Ramlah dibangunkan dengan indah sekali oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Keindahan kota Ramlah hingga ramai orang berkunjung ke kota ini berbanding kota Lud.

Ketika Salahuddin al-Ayubi datang ke Ramlah, beliau telah membangunkan satu menara di Ramlah. Ia sebagai menara peninjau bagi keselamatan kedua pekan kecil ini. Selepas zaman Salahuddin, kedua-dua kota ini telah Islam sepenuhnya.

Berbicara mengenai kota Lud, kita boleh bayangkan bagaimana, Dajjal dikejar dari Jerusalem, berperang dan kalah. Nabi Isa yang memimpin tentera Islam terus mengasak mereka yang kafir ini hinggalah mereka diibaratkan lenyap seperti larutnya garam di dalam air.

Dengan keadaan yang masih sombong, maka Dajjal dibunuh dipintu masuk perkampungan ini.

Di dalam dunia ini, hanya ada dua orang sahaja yang memakai gelaran al-Masih. Mereka ialah Nabi Isa dan Dajjal. Kenapa keduanya memakai gelaran ini?. Kerana keduanya Allah kurniakan kelebihan yang hebat. Ketika Dajjal keluar, banyak penganiayaan dibuatnya terhadap orang beriman. Orang beriman mula bangun kembali ketika Nabi Isa diturunkan.

Di dalam bahasa Arab ada pepatah,

Iza al-Masih Yaqtulul Masih (apabila al-Masih yang akan membunuh al-Masih) Di dalam konteks bahasa Melayunya, "apabila, buku bertemu ruas." 

Apa gunanya kita mengetahui kisah kampung Lud? Apa kaitan dengan kita sekarang? Paling rendah ialah kehairanan kita, bagaimana Rasullullah boleh tahu di sekitar tempat ini ada satu kampung bernama Lud.

Rasullullah tidak pernah sampai ke sini. Baginda hanya pernah sampai ke al-Aqsa ketika peristiwa Isra dan Mikraj. Ia membuktikan bahawa perkhabaran Rasullulah bukan rekaan baginda. Allah telah menyatakan di dalam al-Quran:-

3: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4: Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (Surah an-Najmi ayat 3-4)


Kita mungkin rasa teruja membaca kisah-kisah sejarah seperti ini. Perkhabaran Rasulullah mengenai sesuatu tempat dan apabila dikaji, wujud sungguh tempat ini. Tapi, banyak lagi perkhabaran Rasullulah mengenai perkara lain yang ramai orang tidak yakin.

Mengenai cara hidup yang dilagangkan, mengenai hukum hakam sesuatu. Ada orang yakin, tak nampak pula kebesarannya akhirnya ia membiarkan perkara itu tidak diamalkan.

Sesungguhnya, ramai orang yang membicarakan mengenai kisah-kisah hari kiamat, tanda-tandanya, tetapi tidak ramai orang yang menyediakan dirinya untuk ke sana. Mereka sentiasa lalai dengan dunia. Sedangkan semakin hari, kubur semakin merindui jasad kita untuk dimamahnya.

Semoga, kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki diri dan semoga Allah yang Maha Pengasih terus membimbing kita.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
12 Mei 09, jam 6.40 petang.

Highway ke Tel Aviv

Yafa ialah bandar lama tepi pantai. Ia sebelah Tel Aviv
Pintu masuk ke kota Lud. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jerusalem lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit yang subur di kota Lud, kota yang berumur 2000 tahun
Ramlah, Kota baru yang dibina oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari kekhalifahan Umayyah.
Tanah subur di Ramlah.

*Sumber dari ustazamin.com

Posted on Thursday, January 09, 2014 by Anonymous

No comments

illuminati jayz3 Orang Yang Disukai Oleh Dajjal

Diriwayatkan oleh An - Nawwas ibn Sam'an : " Dia , yang hidup dan melihatnya ( Dajjal ) harus membacakan di depannya ayat-ayat pembukaan Surat Al Kahfi , " ( HR Muslim ).

Diriwayatkan oleh Abu Umamah al - Bahili : " Barangsiapa memasuki nerakanya ( Dajjal ), mintalah pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini akan menyejukkan dan mendamaikannya, seperti api menjadi sejuk terhadap Ibrahim , " ( HR Ibnu Katsir ).
illuminati jayz3 Orang Yang Disukai Oleh Dajjal

Tanda-tanda dan rahsia Hari Akhir Zaman

Satu sebab mengapa Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang beriman membaca Surat Al Kahfi ketika Dajjal cuba memujuk rayu adalah kerana surah ini mengandungi isyarat penting mengenai Hari Akhir seperti pelbagai hal yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi Dajjal dan gerakan-gerakan anti-agama yang menimbulkan berbagai kejahatan keatas kemanusiaan yang ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh dunia.

Surah Al Kahfi ini juga mengandungi pelbagai pelajaran bagi kaum Muslimin. Anjuran Rasulullah SAW supaya menghafal dan membaca surah ini dengan penuh perhatian adalah suatu isyarat kuat tentang hal ini. Seperti kita akan lihat di seluruh bab ini, pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal di sebuah masyarakat yang kafir. Pelajaran bahawa Musa AS belajar dari Khidr dan pemerintahan di atas dunia yang didirikan oleh Dzulkarnain AS agar dapat menyebarkan nilai-nilai Islam adalah perkara-perkara yang perlu direnungkan oleh orang-orang beriman.

Lalu orang seperti apa yang sangat disukai oleh Dajjal? Tanpa disedari ia sudah ditandai oleh Dajjal di hatinya ?

1. Orang yang apabila kumandang azan terdengar , dia mengendahkannya.

2. Orang yang apabila dinasihati atau dimaklumkan mengenai perancangan Dajjal di dunia sebelum dia datang, dia tidak ambil peduli.

Dajjal tidak datang secara tiba-tiba, Atas Izin Allah SWT dia mempersiapkan semuanya dengan bantuan para pengikutnya ( Freemasonry dan illuminati ) agar semakin ramai manusia yang akan menjadi pengikutnya. Jika seseorang sudah tahu mengenai rancangan Dajjal ini, Dajjal sudah melihat nya dan menandakan hatinya .

Ini sesuai dengan doa Dajjal kepada allah swt yang kelak akan di kabulkan :
 
" Ya rabb berikanlah aku kemampuan untuk menurunkan hujan, menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan penyakit yang ada di dunia, menyuburkan tanaman dan memperlihatkan syurga dan neraka kepada manusia kelak yang sesungguhnya syurga ku adalah neraka - mu dan nerakaku adalah syurga - mu ya Rabb agar aku bisa menguji keimanan manusia kelak .... " [ oleh : Izzudin Azhar / sudah tahukah anda ]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

***
Surah Al- Kahfi


Posted on Thursday, January 09, 2014 by Anonymous

No comments

Friday, 3 January 2014



PPMM sokong syor lestari penguatkuasaan agama Islam

Tahun 2013 yang sudah dua hari berlalu adalah tahun agak mencabar bagi mereka terbabit dalam isu perundangan Islam. Terdapat pelbagai isu positif dan negatif membabitkan perundangan Islam.

Sesungguhnya perjuangan menegakkan kalimah Allah di tanah air tercinta bukanlah satu usaha mudah kerana lumrah perjuangan Islam pasti ada pengorbanan dan kesusahan. Sedangkan Nabi pun menghadapi pelbagai rintangan, inikan umatnya yang jauh lebih banyak kekurangannya.


Antara isu hangat diperkatakan sepanjang 2013 ialah perkahwinan pada usia muda iaitu bagi lelaki Islam di bawah 18 tahun dan wanita di bawah 16 tahun. Sesetengah golongan mendakwa perkahwinan itu terlalu luntur dan tidak patut dibenarkan.

Mengikut undang-undang keluarga Islam negeri, perkahwinan sebegini hanyalah pengecualian dan perlu mendapat kebenaran khusus daripada Mahkamah Syariah. Apa yang menghairankan, perkahwinan pasangan bawah umur juga berlaku dalam kalangan bukan Islam dengan kebenaran khas Menteri Besar/Ketua Menteri, tetapi tidak digembar-gemburkan.


Isu ajaran sesat

Isu ajaran sesat juga tidak kurang mendapat tempatnya di dada akhbar sepanjang 2013. Kemuncaknya apabila kalangan penganut ajaran sesat telah didakwa membunuh Ketua Penguatkuasa Agama Islam Pahang, baru-baru ini.
Jelaslah penganut ajaran sesat sanggup bertindak di luar batasan apabila ajaran mereka ingin diperbetulkan oleh pihak berkuasa agama. Terdapat pelbagai ajaran yang telah difatwakan sesat seperti ajaran Tuhan Harun, bekas pengikut Al-Arqam, Syiah, Qadiani dan banyak lagi yang masih berleluasa di Malaysia.

Menangani isu ajaran sesat ini perlu dibuat dengan penuh berhemah dan berhati-hati kerana ia membabitkan akidah umat. Ia tidak hanya perlu diatasi melalui tindakan di mahkamah, tetapi yang lebih penting ialah proses istitabah iaitu mengajak mereka bertaubat dan bermuzakarah mengenai kesesatan mereka.

Tindakan mahkamah memang boleh diambil, tetapi ia bukan keutamaan kerana tindakan itu mungkin akan menambahkan lagi kesesatan mereka terhadap pegangan Islam sebenar. Natijah daripada isu ajaran sesat, timbul cadangan mewujudkan Polis Syariah.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong usaha ini bagi melestarikan penguatkuasaan agama Islam di negara ini. Secara perbandingannya, kita ada Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, Pendakwa Raya dan Pendakwa Syariah.

Tetapi, apabila menguatkuasakan undang-undang oleh polis dan penguat kuasa agama. Begitu jauh perbezaan kedua-dua entiti ini.

Tahun lalu juga mencatat sejarah apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober 2013 secara sebulat suara memutuskan keputusan Menteri Dalam Negeri melarang Titular Roman Catholic Church of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berkala mingguannya.

Berdasarkan pengalaman sebagai salah seorang peguam mewakili Majlis Agama Islam Terengganu bersama peguam Islam lain dalam kes itu, suasana dalam mahkamah dengan perbincangan di luar mahkamah amat berlainan.

Ramai ingin jadi hero

Terlalu ramai yang ingin menjadi hero memberi pelbagai komentar yang di luar konteks malah, tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat beberapa kalangan yang berniat jahat memutarbelitkan keputusan mahkamah rayuan itu.

Hatta, peguam sujud syukur selepas keputusan diberikan pun dijadikan isu sesetengah orang Islam dan bukan Islam. Malah, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam lawatannya ke Malaysia turut mendesak kerajaan berhubung keputusan mahkamah itu.

Ini tidak selari dengan paksi pemerintahan negara kerana pihak eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman begitu juga sebaliknya. Tetapi desakan ini secara terang ingin memusnahkan pembahagian kuasa yang telah sekian lama wujud dan menjadi amalan Malaysia dan kebanyakan negara di dunia.

Bukan saja PBB yang mendesak kerajaan di dalam kes kalimah Allah ini, badan-badan lain dalam dan luar negara juga begitu ghairah memberi tekanan kepada kerajaan atas nama hak asasi.

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai COMANGO menghantar memorandum kepada Majlis Hak Asasi PBB di Geneva semasa proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang dihadiri Malaysia.

Beberapa tuntutan dikemukakan COMANGO dilihat NGO Islam sebagai menghakis kedaulatan negara dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

NGO Islam yang dipelopori PPMM telah membentuk sebuah gagasan dinamakan MuslimUPRo bagi mengusahakan wadah melobi negara lain yang terbabit dalam proses UPR serta memberi penerangan kepada NGO lain di Geneva mengenai kedudukan sebenar di Malaysia.

Reaksi yang diterima amat mengejutkan kerana kami yang menyuarakan kebimbangan umat Islam dilabel dan dituduh dengan pelbagai gelaran seolah-olah tidak mempunyai hak bersuara. Hak itu hanya dimiliki pihak yang bersetuju dengan mereka saja.

Sebenarnya terdapat banyak lagi isu perundangan syariah menjadi perbahasan sepanjang tahun lalu. Dijangka tahun ini lebih banyak isu berhubung undang-undang syariah bakal diperkatakan dan diperdebatkan.

Moga tahun 2014 memberi cahaya kepada usaha mendaulatkan Islam di Malaysia dan menjadi tahun di mana umat Islam akan dapat bersatu mengetepikan ideologi politik bagi mempertahankan kedaulatan Islam.

Posted on Friday, January 03, 2014 by Anonymous

No comments



Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.” (Riwayat Bukhari)

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah di muka bumi dan selepas itu kita akan dikembalikan ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Allah SWT sudah menyatakan di dalam al-Quran, betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga.

Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya kerana setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya.

Allah SWT masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Maka terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak ke syurga atau neraka.

Posted on Friday, January 03, 2014 by Anonymous

No comments

islam kristen

Konsep Menyikapi Non-Muslim Dalam Dimensi Keyakinan 
Artikel yang akan anda baca ini, adalah artikel ringan dengan bahasa yang sederhana. So keep beingistiqomah untuk membacanya sampai titik akhir kalimat. Dalam artikel ini, saya hanya ingin sedikit berbagi menganai  satu “cara pandang” yang selama ini kita anggap biasa namun sebenarnya cara pandang itu terbalik. Karena “keterbalikannya” itulah akhirnya kita kurang tepat dalam bertindak dan mengambil kesimpulan.  Apakah “cara pandang” itu?, yaitu: “CARA PANDANG KITA TERHADAP KAUM NON-MUSLIM”. Cara pandang terhadap non-muslim ini sebenarnya ada dua, dan kedua-duanya mempunyai porsi yang berbeda. Pertama, dalam dimensi sosial dan kedua dalam dimensi keyakinan (Akidah). Mari kita bahas satu persatu secara singkat:
Pertama: dalam dimensi sosial kita, sudah sangat faham bahwa Islam membolehkan kita untuk berniaga dengan non muslim, boleh menolongnya saat ia memerlukan, boleh memberi hadiah dan menerima hadiah selama hadiah itu halal menurut Islam, kita boleh belajar satu bidang ilmu (non religious) darinya dan begitu juga sebaliknya.  Dalam hal ini tanpa kita tahu ayatnya pun kita sudah faham dan mau menerima “konsep interaksi sosial” ini. Tapi disini saya tetap merasa penting untuk menyampaikan satu ayat yang menyatakan “konsep interaksi sosial” ini, agar kita faham bahwa ini bukan hanya ide-idean atau perasan-perasaan manusia, tapi Allah juga sudah memberikan ruangnya. Mari kita lihat ruang yang Allah berikan dalam hal ini:
 “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang kafir yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusirmu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”. (QS. Al-Mumtahana: 8)
Sekarang mari kita lihat satu contoh bagaimana Rasulullah mempraktekkan hal ini:
  • Rasulullah menerima dan bahkan menjaga segala barang-barang yang dititipkan penduduk Makkah kepadanya. Perhatikan budi baik Rasulullah dalam dimensi sosial ini, walaupun seseorang saat itu tidak mengimani risalah-nya, tapi Rasulullah tetap menerima titipannya. Kemudian, Ketika Rasul berhijrah meinggalkan Makkah, beliau meminta Ali radhiyallahu ‘anhu untuk menggantikan posisinya di Makkah agar mengembalikan barang-barang yang dititipkan kepada Rasulullah s.a.w. (Lih. Hadits Riwayat Baihaqi no 12476, Bab menjaga amanah)
  • Dalam sejarah juga disebutkan bahwa Rasulullah memiliki beberapa orang yang membantunya untuk keperluannya sehari hari atau menemaninya dalam perjalanan, diantaranya adalah Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud dan ‘Uqbah bin Amir[1]. Perhatikan disini, ternyata Rasulullah juga memiliki pembantu yang beragama yahudi. Pembantu Rasulullah yang beragama yahudi ini  disebutkan dalam hadits riwayat Bukhari no. 1356. Kisahnya, ketika si pembantu yahudi ini sakit Rasulullah s.a.w. menjenguknya. Renungkan dua prihal ini, beliau pernah mengangkat pembantu seorang pemuda dari agama yahudi dan beliau menjenguk pembantu yahudi tadi yang notabene non-muslim ketika ia sakit.
  • Ketika ada jazanah Yahudi yang melintas di depan Rasulullah, beliau berdiri. Sahabt bertanya: “Jenazah itu adalah yahudi wahai Rasulullah”. Kemudian Rasulullah bersabda: “bukankah jenazah itujuga jiwa manusia”. (HR. Bukhari, no. 1312).
Jadi jelas ya wahai pembaca budiman, bahwa dalam interaksi sosial Islam sangat menjaga kerukunan dan tolong menolong. Perlu diingat juga pada contoh nomor tiga, Rasulullah s.a.w. hanya berdiri sebagai tanda etika interaksi sosial. Ya hanya berdiri, dan Rasul tidak ikut mengiringinya atau menguburkannya. Karena ritual mengiringi jenazah dan menguburkannya sudh bukan lagi masuk dimensi sosial, akan tetapi masuk kepada ritual keagamaan (keyakinan).
Kedua, dalam dimensi keyakinan, disinilah terjadi keterbalikan “cara pandang” itu. Mayoritas kita masih mengira bahwa memberikan selamat kepada non muslim atas keyakinan yang diaykininya adalah hal biasa. Padahal bukan itu seharusnya yang kita lakukan dalam dimensi keyakinan ini. Kenapa? Karena saat kita memberikan selamat atas keyakinannya, artinya tidak ada lagi dalam hati kita niat untuk menyelamatkan dia dari kesengsaraan abadi, atau dalam kata lain, kita telah mendukung dia untuk memasuki neraka Allah. Kita yakin bukan bahwa setiap non muslim yang meninggal tempatnya adalah neraka? It is surely confirmed bahwa neraka adalah tempatnya. Mari kita lihat guidance yang Allah berikan kepada kita:
Sesungguhnya orang-orang yang kafir (tidak beriman) kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir) (150). Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan (neraka) (151). Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya dan tidak membeda-bedakan seorangpun di antara para rasul, kelak Allah akan memberikan kepada mereka pahala. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(152). (QS. An-Nisa: 150-152)
Ayat di atas adalah konsep ilahi, siapa yang beriman maka syurga dan siapa yang kufur maka neraka, it is net price, unnegotiable.! Sebagai muslim yang yakin akan Al-Quran, kita harus memegang erat konsep ilahi di atas, sehingga kita dapat menyadari bahwa nikmat iman bukan sekedar nikmat, nikmat iman bukan nikmat main-mainan, itu adalah sebesar-besar nikmat di dunia.!
Saya paparkan clue berikutnya agar kita semakin yakin bahwa nikmat iman itu bukan sekedar nikmat, melainkan penentu tempat kembali manusia, surga atau neraka.!
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sekiranya mereka memiliki seluruh isi bumi dan yang semisalnya untuk menebus diri mereka dari azab hari kiamat, niscaya (tebusan itu) tidak akan diterima, melainkan bagi mereka azab yang amat pedih. (Al-Maidah: 36)
Mau menebus pakai apa lagi? Dunia dan seisinya pun tidak cukup untuk menebus kekufuran, apalagi hanya harta secuil yang dimiliki. So keep in your mind bahwa nikmat Islam adalah anugrah terbesar dari Allah kepada hambaNYA, syukurilah.!
Kembali kepada “Cara menyikapi non-muslim dalam dimensi keyakinan”. Setelah kita faham bahwa iman adalah penentu syurga atau neraka, maka disinilah pentingnya kita merubah “cara pandang” kita, sudah tidak waktunya lagi kita mengucapkan selamat kepada teman, sahabat atau keluarga (na’uzubillah) yang merayakan keyakinannya. Kalau kita anggap si non-muslim tadi teman sekerja, sebisnis, seakademis, sudah waktunya kita memberanikan diri untuk tidak mengucapkan selamat saat mereka berhari raya. Kenapa? Karena itu artinya kita mendukung kekufuran dia, dan kita juga setuju untuk membiarkan dia ke neraka.
Kemudian apa yang harus kita lakukan? Renungkan guidance Allah s.w.t. dalam hal ini:
Katakanlah: “Hai Ahli Kitab[2], marilah (berpegang) kepada suatu ketetapan yang sama, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah….” (QS. Ali-Imron: 64).
Jadi apa perintah guidance yang Allah berikan? Jawabannya: kita justru seharusnya mengajak mereka untuk mengenal Allah dan sama-sama menyembah Allah, adapun cara, etika bahasa dan metode tentu bisa kita pelajari dan rumuskan bersama. Yang terpenting main point-nya adalah menyadarkannya, bukan mendukungnya untuk terus dalam ajarannya. Kemudian jika mereka menolak, bagaimana sikap kita?
 Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang muslim yang berserah diri (kepada Allah s.w.t.).” (QS. Ali-Imron: 64)
Di atas saya katakan, cara, etika bahasa dan metode bisa menyusul, kita bisa lakukan sesuai waktu dan kemampuan.  Sekarang kita lihat bagaimana rasulullah memperaktekan ayat di atas:
Dalam hadits Bukhari no. 1356 (satu kisah dengan hadits di bukhari di atas) dikisahkan bahwa Anas r.a. berkata: Ada seorang pembantu Rasulullah yang beragama yahudi, ketika pembantu itu sakit, Rasulullah menjenguknya dan duduk disamping bagian kepalanya. Kemudian Rasulullah berkata: “Masuk Islamlah.!”. Anak muda yahudi itupun menoleh ke arah bapaknya yang saat itu juga bersamanya. Bapaknya berkata: “Ikutilah Muhammad s.a.w.” Maka seketika itu juga pemuda itu memeluk Islam. Kemudian nabi keluar (selesai menjenguk) seraya berkata: “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari neraka” 
Jika kita perhatikan kisah di atas, Rasulullah menggunakan event menjenguk untuk mengajaknya kepada Islam. Ini yang saya maksud dengan cara dan metode, semua kembali kepada kita. Rasulullah juga pernah mengambil event tawanan untuk mengajak non-muslim kepada Islam, yaitu Rasulullah menawarkan kepada Shafiyyah bintu Huyai seorang putri raja yahudi yang tertawan setelah peperangan, Rasul berkata kepadanya: “Jika engkau memilih Islam, aku akan menikahimu dan jika engkau memilih tetap yahudi aku akan membebaskanmu sehingga engkau kembali ke kaummu”, saat itu Shafiyah memilih Islam[3]. Seorang Shohabiyah, Ummu Sulaim, meminta Abu Thalhah untuk memeluk Islam terlebih dahulu jika ingin menikahinya. Maka mahar bagi Ummu Sulaim adalah islamnya Abu Thalhah[4]. Demikian juga dikisahkan bahwa pemimpin-pemimpin Islam dahulu akan memberikan tunjangan dana dalam jumlah tertentu kepada setiap non-muslim yang mau memeluk Islam.
Dari sini, jelas sudah bahwa setiap muslim yang berteman, berbisnis dengan non-muslim setidaknya harus ada niat untuk mengajaknya kepada Islam, dalam bahasa hadits: “menyelamatkannya dari neraka”. Tentu petunjuk adalah kehendak Allah, tapi “cara pandang” mengajak kepada Islam ini yg harus kita punya dan membuang “cara pandang” membiarkannya dalam ajarannya, apatah lagi dengan dalih toleransi kita malah memberikan ucapan selamat kepadanya pada saat mereka merayakan acara keagamaan mereka. Setelah mengucapkan selamat, tahun depannya kita ikut membantu persiapan hari rayanya. Tahun depannya lagi kita diundang dan ikut hadir, bisa saja terjadi toh?. Lucunya lagi ketika kita merasa bangga telah bertoleransi dengan kawan kita non-muslim dalam dimensi akidah ini. Si muslim berkata: “Saya sangat toleransi, kalau subuh si non-muslim -temen saya- membangunkan saya untuk ke masjid dan kalau minggu saya ingatkan dia ke Gereja.” Heey dear brother,, bukan itu persahabatan yang baik. Kalua mau berbuat baik ke dia, fahamkan ia secara perlahan tentang Islam, bukan malah didukung ke gereja. Kita yakin toh bahwa ketika kita suruh dia ke gereja, artinya kita suruh dia ke neraka. Bukankah demikian guidance Allah, Iman = surga dan kufur = neraka?. So kenapa masih menngingatkan dia ke gereja? Dan kita anggap itu tolerasni yang bagus?. Ini namanya meletakkan toleransi tidak pada tempatnya. Toleransi tempatnya di dimensi sosial, bukan dalam hal keyakinan.
Kesimpulan: Jadi dalam dimensi keyakinan ini kuncinya simple sebenarnya, kita punya kewajiban untuk menyelamtkan teman kita yang non-muslim dari kesalahan akidahnya. Seharusnya kita berusaha memahamkanya akan Islam secara perlahan. Jika tidak mampu, maka amal terendah -ingat amal terendah- yang harus kita lakukan ialah tidak memberikan selamat atau dukungan apapun saat mereka merayakan acara keagamaan mereka yang menurut al-Quran itu adalah acar kekufuran. Di luar acara keagamaan maka kembali kepada konsep dimensi sosial, sebagaimana dipaparkan di atas, berbuat baik dan adil. wallahu a’lam.

Posted on Friday, January 03, 2014 by Anonymous

No comments

2014
Kembali masyarakat Indonesia antusias akan merayakan datangnya tahun baru  yang akan menjelang. Anak-anak kecil terihat gembira ria dengan teman-temannya sambil membawa dan meniup terompet. Mereka tidak tahu bahwa itu bukan dari ajaran agama Islam yang mereka peluk, tapi dari agama lain. Mereka tidak tahu, dan mereka hanya ikut-ikutan.
Pemandangan ini ada di jalan-jalan MHT (Muh Husni Thamrin) alias gang-gang di perkampungan yang makin terasa sempit dan bising.Lain halnya dengan anak-anak kecil yang orang tuanya punya kelebihan duit, mereka telah ramai di mal-mal pusat belanja dan tempat hiburan yang tersebar di mana-mana.
Orang-orang dewasa baik laki-laki maupun ibu-ibu sibuk dengan menyiapkan apa yang akan dibakar pada malam pergantian tahun. Ada yang akan membakar ayam, ada yang akan membakar ikan, dan ada juga yang akan membakar jagung. Pedagang petasan dan kembang api pun diserbu para pembeli, baik anak-anak maupun orang dewasa.
Bagi yang punya kendaraan, mereka bersiap pergi keluar dari rumahnya untuk merayakan tahun baru atau merayakan pergantian tahun. Ada yang pergi ke puncak, padahal ribuan kendaraa telah menuju ke sana. Ada juga ribuan kendaraan mendatangi tempat-tempat keramaian. Tahun ini ada 155 tempat hiburan di seluruh Jakarta yang siap merayakan tahun baru. Dan aneka tempat maksiat siap menampung pengunjung yang akan bermaksiat dan hura-hura di malam tahun baru.
Lain hal lagi dengan anak-anak mudanya. Mereka telah berlalu dari sore dengan teman atau pasangannya mendatangi tempat-tempat hiburan dan tempat maksiat yang dikemas seindah mungkin. Sungguh suatu pemandangan yang mengkhawatirkan dan menyesakkan dada bagi manusia yang masih bisa berfikir dan bertakwa.
Ada warna lain dalam perayaan tahun baru ini. Yaitu para Habaib dan para Ustadz (?) dan jamaahnya mereka menggelar apa yang mereka sebut dzikir bersama di beberapa tempat. Konon niatannya untuk menandingi kemaksiatan di malam tahun baru. Tapi kalau kita bisa sedikit saja berfikir secara rasional, apakah dengan bercampur aduknya antara laki-laki dan wanita yang hadir di acara yang disebut dzikir atau apalah namanya itu, di malam hari yang bahkan kemungkinan sampai larut malam itu pun namanya bukan maksiat? Apa bisa dibenarkan jika maksiat dilawan dengan bid’ah dan maksiat cara lain? (Laa taghdhob! Jangan marah!)
Sepuluh menit lagi waktu akan menunjukkan pukul dua puluh empat yang mereka sebut jam nol nol. Petasan sudah terdengar bersahutan tanpa putus. Suasana mulai mencekam. Mereka yang merayakan pun bergembira ria, tertawa-tawa. Jalan-jalan raya telah penuh sesak oleh kendaraan mobil dan sepeda motor. Di gang-gang MHT, orang-orang keluar dari rumahnya ramai memenuhi jalan-jalan kecil, mereka bergerombol satu keluarga atau ada yang bergabung dengan tetangga lain, suasana bising dengan suara orang dan suara terompet saling bersahutan. Hanya satu atau dua rumah yang penghuninya diam di dalam rumah tanpa ikut-ikutan meramaikan suasana. Suara petasan bersahutan riuh rendah, terus bergolak. Bukan saja dari kejauhan, suasana ini begitu memuncak dari seluruh arah, seluruh masyarakat Jakarta, mungkin di kota-kota lain pun ada yang ikut latah, kecuali yang berani terus terang bahwa Pemdanya tidak punya anggaran.
Saya acungi jempol, Pemda yang punya nyali dan jati diri seperti itu. Berani malawan arus, dan tidak mau untuk apa yang disebut merayakan tahun baru. Seharusnya semuanya seperti itu! Tidak usah ikut-ikutan merayakan tahun baru yang berasal dari agama kaum kafir. Toh bangsa ini bukan bangsa kafir, bahkan berjuang melawan penjajah kafir agar merdeka. Demikian sejarahnya!
Kenapa sekarang yang diberi amanah oleh para pejuang yang melawan bangsa penjajah kafir itu justru sikapnya membebek pada yang kafir? Maka saya acungi jempol Pemda yang tidak mau ikut-ikutan bertahun baru. Bagus sekali itu. Biar yang masih punya nalar waras mau berfikir. Sebagaimana tidak diadakannya perayaan tahun baru setelah terjadi bencana besar tsunami Aceh Desember 2004. Tampaknya hura-hura tanpa guna itu hanya prei satu kali saat itu yakni tahun baru 2005.
Kini walau baru saja terjadi bencana dan musibah di mana-mana, hura-hura tahun baru pun kambuh lagi. Bahkan tempat maksiat yang dipoles dengan sebutan ‘tempat hiburan’ diizinkan buka sampai jam 4 pagi. Na’udzubillaahi min dzalik! Kami berlindung kepada Allah dari hal yang demikian.
Di tengah malam ini mereka menikmati suara gemuruh letusan petasan dan terangnya kembang api yang mereka nyalakan. Mereka menikmati, mereka gembira ria, mereka bersuka ria. Gemuruh suara petasan terus bergolak, bagai suasana perang. Mereka menikmati suasana gemuruh yang semakin bergolak, semakin besar.
Tak ada suara lain selain suara gemuruh petasan. Itu yang terdengar. Sebenarnya ada juga suara Al-Qur’an yang dipancarkan dari radio Islami. Semoga saja di negeri ini masih banyak orang yang beristighfar di tengah-tengah orang yang lalai dan larut dengan upacara agama orang lain itu.
Pukul dua puluh empat tepat! Gemuruh memuncak, suasana sangat mencekam karena letusan petasan yang ribuan dari segala penjuru ditingkahi suara terompet yang ditiup mulut-mulut pemiliknya. Juga suara klakson mobil yang dibunyikan berkepanjangan. Suara gemuruh itu terus terdengar. Mereka tertawa, mereka gembira ria, mereka menikmatinya.
Mereka lupa, hati mereka tertawa lupa, lupa dan Iblispun tertawa! Bahwa mereka telah terseret oleh agama orang di luar sana. Kepercayaan agama orang lain, namun mereka kini ikut-ikutan, dan dipimpin oleh para pemimpinnya, dengan biaya dari kantong mereka yang Muslim pula. Betapa jungkir baliknya, maka iblis pun tentunya tertawa-tawa melebihi mereka bergembira ria!
Mereka lupa. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang jadi panutan mereka telah wanti-wanti, mengingatkan dengan sangat:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa bertasyabuh (menyerupakan diri) dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka.” (HR. Abu Daud 3512, dari Ibnu Umar, hasan shahih menurut Al-Albani, dan riwayat An-Nasaai).
Negeri apa ini? Adakah negeri ini punya panutan? Di mana mereka? Seandainya ada, ke mana mereka? Ataukah juga ikut merayakan tahun baru ini? Atau bahkan joget-joget mumpung banyak artis yang bisa disewa? Ikut jugakah tertawa seperti semua, semua tertawa.
Padahal di berbagai sudut yang sunyi di sana banyak manusia menderita. Entah perutnya lapar atau rumahnya kebanjiran, roboh, terkena gempa, bencana dan aneka musibah. Mulut mereka yang sedih sedang meringis-ringis, namun di balik itu mereka yang berhura-hura dengan mengikuti adat kekafiran, berjingkrakan tidak ingat apa-apa. Apalagi ingat penderitaan orang-orang yang seharusnya mereka santuni! Jauh-jauh itu.
Padahal negeri ini punya banyak masalah. Padahal negeri ini miskin adanya. Padahal negeri ini selalu ditimpa bencana. Padahal negeri ini banyak! Banyak musibah. Tapi kenapa para panutan dan rakyatnya berpesta pora hanya untuk merayakan tahun baru?
Bahkan para habaib juga latah derngan dalih untuk menandingi maksiat, padahal Islam pun tidak menyuruhnya seperti itu? Kenapa para pemimpin dan rakyatnya membakar uang (dengan petasan dan kembang api) hanya untuk merayakan tahun baru? Mereka bangga! Bangga! Apakah para pemimpin itu tidak berfikir? Afalaa ta’qiluun?
Dan bagaimana masyarakat akan berfikir, jika para pemimpin mereka tidak bisa berfikir!
Mari kita sejenak berfikir untuk menghitung kerugian. Uang yang dibakar pada malam tahun baru, satu biji mercon terbang saja harganya Rp 50.000,- sedang orang-orang yang membakar mercon atau petasan itu tiap orang tidak hanya membakar satu mercon. Berapa uang yang dibakar sia-sia.
Lalu kembang api air mancur satu biji harganya Rp 30.000,- sedang orang yang membakar kembang api biasanya tidak puas hanya membakar satu biji. Berapa uang yang telah dia bakar. Lalu berapa juta orang yang membakar mercon dan kembang api. Itu belum yang dikuras dari APBD oleh pemimpin-pemimpin daerah, yang artinya mereka membakar uang yang disedot dari rakyat dengan meninggikan pajak dan sebagainya.
Membakar uang berupa mercon dan kembang api itu sendiri telah dikecam oleh Allah Ta’ala dan Rasu-Nya:
وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا [الإسراء/26، 27]
“Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (QS Al-Israa’ [17] : 26-27)
Betapa senangnya seandainya duit 50 ribu rupiah atau 30 ribu rupiah itu disedekahkan kepada kerabat yang kekurangan atau orang miskin sekitar kita. Pahala dapat, hubungan kemanusiaan pun tambah baik, insya Allah. Tetapi dengan dibakar seperti itu, maka uang musnah tanpa guna, dosa pun menghadangnya serta syaitan pun menjadi temannya. Betapa ruginya.
Makanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan:
« إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلاَثًا قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ ».
“Sesungguhnya Allah membenci kepada kalian tiga perkara: berdesas-desus (merumpi/ gossip), menghamburkan harta, dan banyak bertanya.” (HR. Muttafaq ‘alaih) .
Menghamburkan harta yaitu menggunakannya dalam kemaksiatan atau menggunakan harta dalam hal-hal yang mubah (boleh) tapi secara menghamburkan atau boros.
Jadi hura-hura merayakan tahun baru dengan membakar petasan, kembang api, joget-jogat dan sebagainya itu jelas telah banyak ruginya dan dibenci Allah Ta’ala. Masih pula ditambah lagi bahwa semua itu karena mengikuti orang kafir. Ini menambah pula kebencian Allah Ta’la tentu saja.
Dan masih pula, bagaimana kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah Ta’ala? Ketika mereka berjejal di jalanan Puncak dalam keadaan macet penuh kendaraan, juga yang ke Ancol dan sebagainya, mereka rata-rata dapat diperkirakan, berangkatnya ashar. Lalu di mana mereka shalat maghrib? Dan apakah mereka tidak sayang terhadap dirinya, terjebak dalam kesulitan sekaligus meninggalkan kewajiban shalat?
Aneka kerugian lahir maupun batin, materi maupun rohani ternyata kalau ditotal benar-benar sangat rugi. Masih pula menimbulkan dosa.
Wanita-Wanita Muslimah Turut Merayakan
Sebagian besar penduduk Indonesia adalah wanita dan mayoritas muslimah. Tetapi sayang, karena panduan sehari-harinya adalah televisi yang memang gencar mempromosikan perayaan malam tahun baru dari tahun ke tahun, maka hasilnya bisa terlihat sekarang.
Wanita-wanita muda muslimah, ibu-ibu muda dan yang tua antusias menjadi salah satu pendukung besar suksesnya perayaan tahun baru.
Betapa tidak. Mulai dari ibu-ibu yang tua tanpa tahu apa manfaatnya, tanpa tahu apa hukumnya, dengan kesadarannya, mereka menyediakan fasilitas-fasilitas yang mendukung guna merayakan tahun baru.
Dukungan pertama : Ibu-ibu dengan ringannya membelikan anak-anaknya terompet atau petasan dan kembang api untuk saat malam pergantian tahun, benda itu digunakan. Mereka tidak tahu dan mungkin memang tidak mau tahu ada peringatan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
صَوْتَانِ مَلْعُونَانِ في الدُّنْيا وَالآخِرَةِ مِزْمَارٌ عِنْدَ نِعْمَةٍ وَرَنَّةٌ عِنْدَ مُصِيبَةٍ (رواه البزار عن أنس بإسناد صحيح)
Dua suara yang dilaknat di dunia dan akherat: (suara tiupan) seruling ketika (sedang) nikmat (senang) dan (suara jeritan) ratapan ketika musibah. (HR. Al-Bazzar dan Dhiya’ Al-Maqdisi dari Anas dengan sanad shahih, dishahihkan Al-Albani dalam Al-Jami’ As-Shaghir nomor 3801).
Yang namanya terompet tentu saja termasuk dalam kategori mizmar (seruling) yang suaranya dilaknat itu. Karena lonceng atau kelinting saja dalam hadits dimasukkan dalam jenis mizmar (seruling) yang suaranya dilaknat itu.
Hingga dalam Kitab Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi menegaskan agar hewan ternak Muslimin jangan dikalungi jaros, klinting atau lonceng. Hewan saja agar tidak dikalungi jaros agar tidak timbul bunyi yang dilaknat, lha ini malah anak-anak dibekali uang untuk beli terompet untuk mempekerjakan mulutnya agar mengeluarkan bunyi yang dilaknat, di hari rayanya orang kafir lagi. Betapa terbalik-baliknya keadaan buruk ini.
Dukungan kedua: Menyediakan sarana untuk membakar ayam atau ikan atau jagung untuk dinikmati pada malam pergantian tahun.
Dukungan ketiga: Menyediakan kendaraan untuk keluarga atau anak-anaknya pergi ke berbagai tempat untuk menikmati malam pergantian tahun.
Dukungan keempat: Dirinya dan uangnya ikut serta merayakan malam pergantian tahun dengan beragam antusiasnya ibu-ibu.
Dari antusias ibu-ibu muslimah ini lah akhirnya berjuta muslim muslimah turut larut merayakan tahun baru yang sedianya adalah perayaan natalnya umat nasrani yang memang ada golongan nasrani yang merayakan natalnya tanggal satu Januari.
Betapa tertipunya para wanita muslimah ini, selama ini digembar-gemborkan oleh media televisi yang mempromosikan acara-acara yang begitu menarik perhatian wanita-wanita muslimah tentang perayaan tahun baru ini.
Betapa tertipunya. Wanita-wanita muslimah ini telah jadi sasaran empuk, agar supaya ikut larut merayakan tahun baru tanpa sadar bahwa itu rencana Yahudi dan Nasrani yang saling bahu membahu untuk menarik wanita-wanita muslimah secara halus dan manis, agar tak kentara mereka dijadikan sasarannya.
Dan tahun ini, sukses besar diraih oleh Yahudi dan Nasrani dalam menjebloskan wanita-wanita muslimah turut larut dengan gembira ria, tawa gembira, bersorak ria merayakan tahun baru 2011. Mereka terpedaya! Tapi anehnya, mereka bangga dan tertawa-tawa. Betapa tertipunya!
Mungkin awalnya hanya berfikir bahwa ikut merayakan tahun baru adalah gaya hidup yang modern. Toh buktinya televisi-televisi terus mengulas dari berbagai versi dan dikemas semenarik dan semanis mungkin tentang acara- acara memperingati tahun baru.
Maka kemudian dengan lapang hati dan sadar akhirnya para wanita muslimah Indonesia merayakan dengan penuh kegembiraan melebihi kegembiraan saat hari raya Idul Fithri. Padahal justru Idul Fithri itu perayaan Ummat Islam sedunia benar-benar. Dan ketika merayakannya sesuai tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta ikhlas lillahi Ta’ala maka insya Allah mendapatkan pahala, di samping gembira.
Tentu akan beda perasaan. Jika hari raya Idul Fithri hati penuh rasa takwa kepada ALLAH, penuh rasa syukur dan kegembiraan yang ikhlas menuju kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Tetapi untuk perayaan tahun baru tentu lain lagi walaupun kegembiraan itu melebihi kegembiraan saat Idul Fithri, karena hakekatnya kegembiraan itu semu belaka. Dan jika alasannya bersyukur, bersyukur untuk apa?
Kemudian setelah berlalunya waktu, hanya penyesalan yang tersisa. Penyesalan karena waktu terbuang percuma, lantaran tidak jelas sama sekali: Untuk apa dan untuk siapa tahun baru itu dirayakan? Penyesalan karena hitungannya sejumlah uang ternyata sudah terbuang sia-sia. Padahal urusan rumah tangganya belum tertutupi. Dan penyesalan-penyesalan lainnya.
Wanita muslimah sesungguhnya telah tertipu dan terjebak oleh promosi-promosi manis yang dilayangkan kaum kafirin Yahudi dan Nasrani serta antek-anteknya lewat acara-acara televisi yang begitu menarik dan sepertinya untuk suatu gaya hidup yang modern.
Padahal di dalamnya ajakan dan jebakan mereka yakni musuh-musuh Islam yang memang tidak akan ridho kepada umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai kita mau mengikuti agama mereka. Seperti yang sudah di peringatkan dalam Al-Qur’an, yang berbunyi:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ [البقرة/120]
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan ridho kepada kamu (Muhammad) hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) datang kepadamu, maka tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLAH.” (QS. Al-Baqarah [2] : 120)
Jika wanita-wanita muslimah mau memperhatikan, merenungi, mengamalkan ayat ini tentulah akan tahu bahwa merayakan tahun baru bukan lah gaya hidup modern. Tetapi merayakan tahun baru adalah ajakan dan jebakan kaum Yahudi dan Nasrani untuk para wanita muslimah yang apa lagi mayoritas ada di Indonesia.
Tetapi sayang seribu kali sayang wanita muslimah Indonesia telah menjadi tumbalnya. Dan setelah itu dengan gampang digaraplah anak-anak dan keturunannya. Apakah kenyataan ini dianggap sepele?
Tentu hal ini bukan urusan yang sepele. Karena ALLAH telah menperingatkan “Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) datang kepadamu, maka tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLAH.” (QS. Al-Baqarah [2] : 120)
Jadi untuk siapa perayaan tahun baru itu? Untuk apa ikut-ikutan merayakannya? Padahal ALLAH sendiri tidak akan melindungi dan tidak akan menolong bagi para pengikut keinginan mereka.
Siapa mereka itu? Yaitu kaum kafirin Yahudi dan Nasrani. Dan bukankah telah begitu banyak muslim dan muslimah yang mengikuti mereka? Sangat mencekam!

Posted on Friday, January 03, 2014 by Anonymous

No comments

densus88

 “Negara ini dzalim sekali,mengawali tahun 2014 dengan membunuh 6 orang secara demonstratif hanya karena tuduhan terduga teroris.
Menurut saya Densus88 kembali menyiram api kebencian sekaligus menjadi produsen teror demi teror yang akan tumbuh silih berganti pelakunya. Jika terkait teror Pondok Aren dulu ditetapkan DPO Nurul Haq dan Hendi Albar,sekarang pasti narasi baru akan dibuat untuk menjelaskan peran-peran mereka yang tewas (Dayat Kacamata Cs).
Ini adalah yang kesekian kalinya aparat Densus88 terlihat tidak profesional, inikah yang disebut langkah preventif/pencegahan?? Kalau bisa menangkap hidup-hidup Anton, sebelumnya Badri dan Sofyan, iskandar dll, kenapa orang-orang yang dianggap terkait  dengan mereka di Ciputat tidak bisa ditangkap hidup? Saya melihat sejatinya aparat telah menjadikan “terorisme” menjadi komoditi penting bagi mereka. Dan kecondongan melestarikan dengan pola-pola penindakan yang kontra produktif. Karena cara arogan yang eksesif dengan senjata itu akan memantik kebencian dan aksi balas dendam dalam beragam bentuk teror.
Seperti halnya opini tentang ancaman teroris jelang natal, jelang tahun baru dan jelang pemilu itu semua adalah penguluran rentang waktu agar proyek melawan “terorisme” bisa berjalan kontinyu mengikuti mementum yang ada.
Dan sejatinya itu adalah Propaganda untuk melegitimasi perburuan demi perburuan teroris versi Densus88 dan BNPT dengan Satgas liarnya. Dan saya sedih sekali, kemana para tokoh umat ini? Nyawa demi nyawa tumbang diujung senapan hanya karena dituduh teroris tanpa pernah ada pengadilan bagi mereka.Dimana orang-orang yang punya nurani dan akal sehat?? kenapa diam seribu bahasa? Apakah hanya dengan label tuduhan teroris kemudian menjadi sertifikat halal untuk membunuhnya? Kalau mereka sudah mati lantas bagaimana membuktikan kebenaran bahwa mereka terlibat aksi terorisme? Andaikan mereka benar terlibat, apakah kadar hukumannya mesti di bunuh atau mati??
Saya rasa Negara ini sudah berubah menjadi State Terrorism. Salam

Posted on Friday, January 03, 2014 by Anonymous

No comments