Saturday, 14 December 2013

Al-Hujuraat: Ayat 11

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman seperti yang terdapat pada pangkal ayat “Wahai orang yang beriman…..” Ayat ini menerangkan tentang etika kehidupan orang-orang yang beriman. Etika ini adalah dalam bentuk peringatan daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya sesuatu kaum ynag beriman itu tidak mengolok-olokkan kaum beriman yang lain seperti dinyatakan dalam ayat kedua yang bermaksud,”Janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain.”Ini adalah kerana ada kemungkinan kaum beriman yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan itu.

Peringatan ini disampaikan dengan cara yang halus tetapi tepat. Orang yang beriman seharusnya sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan pada dirinya. Orang yang tidak beriman sahaja yang boleh menghina orang lain kerana mereka menganggap diri mereka sempurna. Dengan demikian, tidak mungkin orang beriman boleh merendah-rendahkan saudara sesama Islam yang lain.


Seterusnya ayat berikut pula yang bermakna,” Dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan wanita yang lain; kerana boleh jadi yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan). Ayat ini mengingatkan pula kaum wanita supaya tidak melakukan perkara yang sama iaitu merendah-rendahkan wanita lain yang beriman. Larangan ini tidaklah terbatas kepada lelaki yang beriman sahaja. Pentafsir menjelaskan lagi keterangan ayat–ayat ini dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi seperti berikut:

“Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan memandang rendah manusia.”

Berdasarkan hadis ini mesej yang hendak disampaikan ialah perlakuan memperolok dan merendahkan orang lain itu adalah sikap orang yang sombong. Orang sombong merasa diri mereka sempurna dan tiada cacat celanya. Maka itu mereka tidak akan dapat menyedari kekurangan mereka sedangkan sebenarnya merekalah yang punya banyak kelemahan dan kekurangan.

Ayat berikutnya yang bermaksud,” Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri.” Ayat-ayat sebelum ini melarang keras orang beriman mencela orang beriman yang lain sedangkan ayat ini menekankan tentang pencelaan diri sendiri yang juga turut dilarang. Mengikut pentafsir perbuatan mencela dan mengaibkan orang lain itu akan mengakibatkan orang yang dicela dan diaibkan itu mencela dan mendedahkan keaiban mereka yang mencela pula sebagai tindak balas. Maka perbuatan mengaibkan orang lain itu samalah seperti mengaibkan diri sendiri.

Pentafsir seterusnya menjelaskan pula balasan bagi golongan ini dengan ayat al-Quran berikut:

“Neraka wailun buat setiap orang yang suka mencedera orang dan mencela orang.” ( Surah 104. Al-Humazah : 1).

Humazah diertikan sebagai mencedera iaitu memukul dengan tangan sedangkan Lumazah pula membawa makna mencela, iaitu degan mulut. Humazah juga diartikan dengan sikap hidup yang tidak senang diam kerana sibuk menjaga tepi kain orang . Jika umpatan dan celaan itu ternyata fitnah dan tidak benar maka mereka tergolong orang yang fasiq seperti dalam ayat 6 sbelum ini.

Ayat seterusnya juga berkaitan dengan celaan iaitu memanggil orang lain dengan nama yang buruk seperti terjemahan berikut:

“Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar yang buruk.”

Pentafsir memberi contoh mengenai kebiasaan orang Arab Jahiliyyah yang gemar memberi gelaran kepada seseorang mengikut perangai orang tersebut seperti gelaran yang diberikan kepada Zaid yang gemar kepada kuda kenderaan yang indah. Maka Zaid digelar Zaid Al Khail iaitu Zaid Kuda. Nabi SAW menukarnya kepada Zaid Al-Khair iaitu Zaid Baik!. Nabi SAW menyarankan kepada orang-orang jahilliyah supaya menukar nama kepada gelaran yang baik setelah mereka beriman. Dalam konteks masa kini, pentafsir memberi contoh keadaan yang sama iaitu apabila seorang kafir itu memeluk Islam ada baiknya ia menukar namanya kepada nama yang baik, walaupun tidak wajib. Pentafsir juga telah memberikan contoh panjang lebar mengenai masyarakat Islam Indonesia yang gemar memberi gelaran nama yang tidak baik dan mengaibkan. Contoh-contoh yang diberikan adalah lebih kurang sama dengan apa yang terjadi dalam masyarakat Islam Melayu di Malaysia.

Ayat 11 ini diakhiri dengan ayat yang bererti:

“Dan barangsiapa yang tidak taubat, maka itulah orang-orang yang aniaya.”

Penggantian nama yang buruk ketika fasiq kepada yang baik setelah beriman adalah petanda baik sejak awal lagi. Pentafsir turut memberi satu contoh iaitu tuntutan berkhitan atau bersunat bagi orang yang baru masuk Islam, walaupun ia tidak wajib. Namun dengan bersunat itu dia telah mengikuti sunnah semua Rasul sebagai ujian permulaan menerima Islam. Orang beriman yang telah fasiq diingatkan supaya bertaubat. Ini adalah jalan penyelesaian bagi mereka kerana Allah SWT itu Maha Mengasihanidan Maha Penerima Taubat. Orang yang enggan bertaubat diingatkan pula bahawa mereka akan menganiaya diri mereka sendiri.

 Asbabun Nuzul surah al-Hujurat ayat 11
Abu Jubair Ibnu Dhahak r.a menegaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang yang dipanggil dengan nama tertentu, agar orang itu tidak senang dengan  panggilan itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi – Hadis hasan sahih)
Rasulullah SAW bersabda :إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم
Maksudnya :”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupamu dan harta kekayaanmu, akan tetapi Ia memandang kepada hatimu dan perbuatanmu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini mengandung isyarat bahawa seorang hamba Allah jangan memastikan kebaikan atau keburukan seseorang semata-mata kerana melihat kepada amal perbuatannya saja, sebab ada kemungkinan seorang nampak mengerjakan amal kebaikan, padahal Allah SWT melihat di dalam hatinya ada sifat yang tercela, dan sebaliknya pula mungkin ada seorang yang kelihatan melakukan suatu yang nampak buruk, akan tetapi Allah SWT melihat dalam hatinya ada rasa penyesalan yang besar yang mendorong kepadanya bertaubat dari dosanya. Maka amal perbuatan yang nampak di luar itu, hanya merupakan tanda-tanda saja yang menimbukan sangkaan yang kuat, tetapi belum sampai ke tingkat meyakinkan. Maka Allah SWT melarang orang-orang mukmin memanggil orang dengan panggilan-panggilan yang buruk setelah mereka beriman.
Ketika Rasulullah SWT  tiba di Madinah, maka orang-orang Ansar banyak mempunyai nama lebih dari satu, dan jika mereka dipanggil oleh sahabat mereka, kadang-kadang dipanggil dengan nama yang tidak disukainya, dan setelah hal itu dilaporkan kepada Rasulullah SAW maka turunlah ayat ini.
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas dalam menafsirkan ayat ini, beliau menerangkan bahawa ada seorang laki-laki yang pernah di masa mudanya mengerjakan suatu yang buruk, lalu ia bertaubat dari dosanya, maka Allah SWT melarang siapa saja yang menyebut-nyebut lagi keburukannya di masa yang lalu, kerana hal itu dapat membangkitkan perasaan yang tidak baik, membangkit-bangkit kefasikan setelah beriman. Itu sebabnya Allah melarang panggilan-panggilan dengan gelar-gelar yang buruk itu.
Adapun gelar-gelar yang mengandung penghormatan, itu tidak dilarang seperti sebutan kepada Abu Bakar dengan As Siddiq, kepada Umar dengan Faruq, kepada Usman dengan sebutan Zun Nurain dan kepada Ali dengan Abu Turab dan kepada Khalid bin Walid dengan sebutan Saifullah (pedang Allah).
Panggilan yang buruk dilarang diucapkan sesudah orangnya beriman kerana gelaran-gelaran buruk itu mengingatkan kepada kederhakaan dimasa lalu yang sekarang tidak seharusnya diberikan kepada orang yang telah beriman. Barang siapa tidak bertaubat, bahkan terus pula memanggil-manggil dengan gelar-gelar yang buruk itu, maka mereka itu dicap oleh Allah SWT sebagai orang-orang yang zalim terhadap diri mereka sendiri dan pasti akan menerima balasan berupa azab dari Allah SWT pada hari akhirat.
Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah dalam kitab tafsir Fizilal Quran menafsirkan surah al-Hujurat ayat 11 menyatakan :
“Masyarakat gemilang yang ditegakkan Islam dengan bimbingan al-Quran itu adalah sebuah masyarakat yang mempunyai adab sopan yang tinggi. Setiap warganegaranya mempunyai kehormatan yang tidak boleh disentuh kerana kehormatannya merupakan sebahagian dari kehormatan masyarakat. Perbuatan mengaitkan mana-mana warganegara bererti mengaibkan diri sendiri kerana masyarakat itu merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu kehormatan.Di dalam ayat ini al-Quran menyeru orang-orang mukmin dengan seruan yang mesra : ” Wahai orang-orang yang beriman”
Dan melarang mereka supaya jangan ada lelaki yang menghinakan kaum lelaki yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka, dan jangan ada kaum wanita yang menghina kaum wanita yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka mengikut pertimbangan neraca Allah SWT.
Ungkapan ayat ini mengandungi satu saranan yang halus bahawa nilai-nilai lahir yang dilihat kaum lelaki dan kaum wanita pada diri mereka itu bukanlah nilai-nilai hakiki yang dapat digunakan untuk mengukur manusia. Di sana ada nilai-nilai lain yang mungkin tersembunyi kepada mereka, iaitu nilai-nilai yang diketahui Allah dan yang digunakan untuk mengukur manusia. Kadangkala lelaki yang kaya menghinakan lelaki  yang miskin, lelaki yang kuat menghina lelaki yang lemah, lelaki yang biasa menghina lelaki yang luar biasa, lelaki yang cerdik meghina lelaki yang bodoh, lelaki yang banyak anak menghina lelaki yang mandul, lelaki yang ada ibu bapa menghina lelaki yang yatim piatu. Kadangkala perempuan yang cantik menghinakan perempuan yang hodoh, perempuan yang muda menghinakan perempuan yang tua, perempuan yang tidak cacat menghinakan perempuan yang cacat dan perempuan yang kaya menghinakan perempuan yang miskin. Tetapi semua nilai-nilai ini dan sebagainya adalah dari nilai-nilai bumi yang tidak boleh dijadikan ukuran-ukuran kerana pertimbangan neraca Allah yang mengangkat dan menjatuhkan seseorang itu bukanlah didasarkan di atas nilai-nilai seperti itu.Tetapi al-Quran tidak hanya berpada pada saranan yang halus itu malah ia membangkitkan sentimen persaudaraan keimanan dan mengingatkan orang-orang yang beriman  bahawa mereka semua adalah ibarat satu diri sahaja dan barang siapa yang mencela orang lain bererti mencela diri sendiri.
“Dan janganlah kamu mengaibkan diri kamu sendiri”

Kata-kata “talmizu” (mengaibkan) itu sendiri mempunyai satu nada dan bayangan tertentu. Ia seolah-olah merupakan satu tikaman  fizikal bukannya keaiban mental.

Di antara perbuatan-perbuatan yang menghina dan mengaibkan ialah perbuatan memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran-gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan. Di antara kewajipan mukmin terhadap mukmin yang lain ialah tidak memanggilnya dengan apa sahaja gelaran yang tidak disukainya dan dirasakan terhina.

Rasulullah SAW telah mengubahkan berbagai-bagai nama dan gelaran-gelaran orang Islam yang dipakai dizaman jahiliah kerana nama-nama dan gelaran-gelaran itu menurut perasaan baginda yang halus dan hati baginda yang luhur adalah menghinakan tuan-tuan tubuh yang memakainya atau kerana nama-nama dan gelaran itu memberi sifat-sifat yang buruk kepada mereka.”

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments

Pembaca sekalian, pada zaman salafus soleh, ada seseorang yang selalu mengikuti pengajian Imam Abu Hanifah. Pada suatu saat, setelah pulang mukanya kelihatan kusut dan kecewa. Ditanya oleh ayahnya, kenapa mukanya begitu, iaitu muka kecewa, apakah Imam Abu Hanifah itu sakit? Lantas kata orang itu bagaimana tidak kecewa, biasanya sekali pertemuan Imam Abu Hanifah membahas paling tidak 70 masalah Fiqh, tapi hari ini hanya membahas 1 pelajaran Adab, kecewalah, kata orang itu.

Kemudian ayahnya menjawab: Wallahi ya bunayya (Demi Allah wahai anakku), La adabun wahidun -allamtahu min Abi Hanifah ahabbu ilayya min anta ta-allama minhu sab-iina masalatan minal fiqh (sungguh satu pelajaran adab yang engkau pelajari dari Imam Abu Hanifah, lebih aku cintai dari pada engkau mempelajari 70 masalah fiqh).

Pembaca sekalian, bagi ayahnya yang menjadikan menarik  itu adalah kerana dia belajar tentang Adab. Kerana jika ahli Fiqh, tetapi tidak mempunyai adab, maka itu berbahaya.


Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah mengatakan bahawa manusia dilahirkan dalam sebuah masyarakat dan tidak dapat hidup kecuali dalam sebuah masyarakat. Hidup bersama ini jelas akan memunculkan interaksi-interaksi dan hubungan-hubungan antara individu serta pelbagai perselisihan yang muncul sebagai dampak interaksi tersebut. Sehingga bagaimana adab ini boleh meminimakan kesan-kesan tersebut dan menjadikan hubungan antara manusia menjadi sangat indah.

Terkadang masalah adab ini kurang menarik dan membosankan. Tetapi adab ini sangat penting dalam kehidupan berjamaah dan sosial. Mungkin masalah adab ini saat ini perlu sama-sama kita pelajari dan amalkan. Adab isteri terhadap suami, adab anak kepada orang tua. Adab memberikan nasihat, adab mendengar, adab berbicara, bertetangga, adab murid terhadap guru, adab sesama muslim, ada bertamu, adab menerima tamu, adab di jalan, adab berbeza pendapat, dan lain-lain. Imam Al Bukhari sendiri menulis buku khusus tentang adab, iaitu adabul mufrod, adab bagi seorang muslim dan bab pertama adalah adab terhadap orang tua. Dalam sebuah jamaah ada adab taamul fil jamaah, antara lain adalah adab kepada murobbi, adab sesama sahabat/akhwat, dan lainnya.

Semoga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah kepada kita untuk dapat menjaga dan mengamalkan adab-adab Islam ini sehingga hubungan antara sesama muslim, hubungan suami isteri, hubungan keluarga, hubungan sesama manusia, hubungan sesama ikhwah, semakin baik dan indah. Semoga Allah SWT memberikan kita kebesaran hati, kelapangan jiwa untuk senantiasa dalam berjamaah dan masyarakat walaupun itu pahit. Kerana ketika kita bergaul dengan manusia, maka kita juga bergaul dengan kekurangan mereka dan aib mereka. Kerana tidak ada manusia yang sempurna.

Fudhail bin Iyadh mengatakan, siapa yang ingin bersaudara yang tidak memiliki aib tanpa kekurangan, ia takkan memiliki saudara. Abu Darda RA mengatakan “Kata-kata keras dan kasar dari seorang saudara itu lebih baik daripada engkau kehilangan seorang saudara”. Rasulullah SAW bersabda, “Seorang muslim yang bergaul dengan manusia lalu ia bersabar atas perilaku buruk mereka, lebih baik dari pada orang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas perilaku buruk mereka” (HR. Ahmad dan Turmudzi).

Memang ini berat. Sungguh ini tidak mudah. Tapi, semoga usaha kita dinilai mujahadah dalam rangka tetap bersama jamaah.

sumber: liqoperth@googlegroups.com

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments

1.Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar.

“Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai” (Luqman 31: 19)

2.Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya.

‘Atha’ (ulama Salaf) pernah mengatakan; “Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai.”

3.Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara

“Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. ” (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


4.Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka.

Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; “Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya.” Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan ‘detail’ sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, “Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?” Dengan penuh bijak si isteri menjawab: “Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik.” Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang…

5.Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain (Lagi ramai lagi BAGUS!)

Imam Syafi’i pernah bersyair, Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu

6.Perbanyakkan ‘Negative Thinking’ kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya

Fudhail bin ‘Iyadh berkata, “Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat.” Hasan bin Wahb berkata: “Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya.”

7.Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai

“Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya.” (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)

8.Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa” (Al Hujurat 49:12) Umar Al Khattab pernah berkata, “Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu.”

Rujukan dari buku Virus-virus Ukhuwah tulisan Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments



Mengapa kita berdakwah? Di dalam surat Al A’raf ayat 164, Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab oleh Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.”

Hanya ada dua penyebab kita berdakwah sekaligus menjadi motivasi dan tujuan kita untuk berdakwah, pertama agar kita memiliki alasan pembelaan di hadapan Allah kelak (ma’dziratan ilaa rabbikum). Kelak Allah SWT akan bertanya, ketika pelbagai penyimpangan, kemaksiatan, larangan-Ku dilakukan di muka bumi, cuba sebutkan apa saja yang kamu telah lakukan! Kelak dengan mudah amal kita yang akan menjawab, “Wahai Allah, saya sudah berbuat ini dan itu, saya sudah berdakwah kepada mereka, saya telah mengajak mereka ke jalan-Mu, dan sebagainya dan seterusnya”. Inilah ungkapan-ungkapan pembelaan kita, ini nantinya akan menjadi alasan bagi kita agar kita dapat menjawab atas pertanggungjawaban dakwah itu di hadapan Allah.


Penyebab kedua sekaligus menjadi tujuan adalah agar mereka yang kita dakwahi menjadi orang yang bertaqwa (la’allahum yattaqun). Bukankah taqwa itu adalah posisi yang mulia di hadapan Allah? Kita berdakwah agar semua manusia menjadi mulia di hadapan Allah. Allah tidak menghendaki agar kita bertaqwa secara peribadi, tetapi ketaqwaan ini harus kolektif, massal, dan berlaku dalam seluruh aspek kehidupan. Itulah alasan mengapa kita berdakwah, itulah alasan mengapa kita tidak pernah berniat untuk berhenti berdakwah, meski sibuk, meski lelah, meski kepenatan, meski kita serba terbatas dan penuh kekurangan.

Lihatlah kita kepada pokok kelapa. Ia tidak pernah berhenti untuk memberikan manfaat kepada manusia dan makluk lain. Dari batangnya sehingga ke tempurung kelapa, ia memberi kebaikan kepada kita. Kita dapat nikmati umbutnya, air kelapa yang menyamankan, santan yang menambah selera masakan sang isteri, daunnya, lidinya, subhanallah, serba serbi pokok kelapa ini mensejahterakan kita. Itu hanyalah sebuah pokok, suatu tumbuhan, namun ia memberikan manfaat. Ia rela dirinya ditumbuhkan dan setelah itu dimanfaatkan segala yang ada padanya. Apatah lagi kita sebagai manusia, bukan hanya manusia biasa malah sudah menjadi seorang MUSLIM. Memberi manfaat dengan kalimat dakwah adalah kewajiban dan tuntutan besar di saat Islam hari ini tidak lagi menjadi sistem kehidupan yang menyuluruh dan lengkap dalam kehidupan umat. Di saat kalimah Allah dan undang-undang Allah tidak menjadi teras kepada pentadbiran manusia dan Negara. Kita punya kewajiban untuk menyampaikan kebenaran agama ini kepada orang lain. Kewajiban ini tidak hanya dilakukan dalam waktu yang singkat, harus berlanjutan, memakan masa yang lama, panjang waktunya, tidak sesaat.

Ingatlah ketika Rasulullah SAW berdakwah, selama lima tahun berdakwah siang dan malam, beliau hanya mendapati 40 orang laki-laki dan dua orang perempuan yang masuk Islam, sedangkan Baginda SAW telah berjuang keras selama lima tahun. Malahan Baginda SAW tidak pernah berhenti dan berehat. Justeru urusan dakwah ini perlu kita warisi dan menjadi agenda kehidupan utama kita. Kita tidak ada alternatif lain lagi melainkan berusaha menempatkan posisi diri kita sebagai juru dakwah umat.

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments



Wahai mereka yang telah redha Allah sebagai Rabbnya, dan Islam sebagai Deennya, serta Muhammad sebagai Nabi dan Rasulnya.  Ketahuilah, bahawasanya Allah telah menurunkan ayat dalam Surat Al Hujurat :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (QS. Al Hujurat : 11)

Surat Al Hujurat berisi prinsip-prinsip yang mencerminkan salah satu dari jalan-jalan utama kerangka pembangunan masyarakat Islam.  Kerana itu sistem masyarakat Islam, pembinaan keluarga muslim, adab berziarah, adab berpakaian dan sebagainya diambil dari tiga surat : Surat Al Hujurat, Surat An Nur dan Surat Al Ahzab.

Surat ini (yakni Al Hujurat), meski pendek dan sedikit ayatnya, namun berat pertanggungjawapannya dalam timbangan Ar Rahman.  Berat sekali jika ditinjau dari sisi pembinaan umat manusia.  Sebuah masyarakat baik masyarakat jahiliyah atau masyarakat Islam, tidak mungkin dapat tertegak jika tidak berjalan mengikuti langkah-langkah sistem yang mulia ini dan ayat-ayat yang berat dalam timbangan Allah, baik di dunia mahupun akhirat.


Masyarakat itu terbentuk dari banyak individu.  Dan tidak akan terbentuk suatu masyarakat, selama tidak ada ikatan yang erat, pertalian yang kuat, dan hubungan yang mendalam antara individunya.  Dimana ikatan yang erat, pertalian yang kuat serta hubungan yang mendalam antara individunya itu menjaga bangunan masyarakat tersebut dari keruntuhan dan melindungi dari kehancuran dan kemusnahan.

Dua Ayat Saja.

Dua ayat saja di dalam Surat Al Hujurat yang menunjukkan makna yang dalam pada kehidupan manusia.  Bagaimana manusia membangun masyarakat Islam? Bagaimana seseorang itu hidup di tengah-tengah masyarakat muslim ?  Yang ditegakkan di atas landasan mahhabah (kecintaan).  Yang dipertalikan di atas landasan mawaddah kasih sayang).  Jika harakah Islamiyah tidak mengikuti sistem ini, dan tidak menjadikannya sebagai manhaj (khususnya dua ayat itu) maka tidak akan wujud suatu masyarakat muslim dan tidak akan wujud suatu Harakah Islamiyah, tidak akan sampai sasarannya serta tujuannya di persada bumi untuk selamanya.

Sesungguhnya hubungan diantara orang muslim dengan muslim yang lain, tegak di atas landasan mahabbah.  Maka dari itu, jika Baitul Muslim (rumah tangga muslim) yang jumlahnya tidak lebih dari jumlah jari-jari tangan, jika harakah Islamiyah yang jumlah anggotanya tidak lebih dari seratusan atau seribuan pengikutnya, jika masyarakat muslim yang membentuk inti-inti kehidupan bagi seluruh alam, hendak berdiri tegak di atas asas yang kukuh dan menancapkan kemapanannya di muka bumi secara mendalam, maka mereka harus beriltizam pada dua ayat tersebut.

Jika keluarga muslim tidak memperhatikan dua ayat tersebut, maka keluarga tersebut akan berubah menjadi persekutuan ekonomi, bahkan terkadang tanpa mendapatkan bayaran.  Semua menjalankan peranannya dengan berat hati kerana kejemuan telah melanda dan kebosanan telah mematikan semangatnya.  Dan semua berangan-angan untuk mendapatkan waktu yang tepat untuk melepaskan diri dari kehidupan yang menjemukan tersebut.

Demikian juga halnya, jika Harakah Islamiyah tidak memperhatikan dua ayat tersebut, mereka akan berubah menjadi perkumpulan ekonomi, yang tidak mempunyai modal serta tidak memberikan gaji kepada anggotanya.  Masing-masing pengikutnya menjalankan peranan yang dibebankan di pundaknya dengan berat hati, dan merasa tanggungjawab yang terletak di pundaknya itu bagaikan gunung.  Dan merasa da’wah yang dia kerjakan, bagaikan pelepas nyawa yang akan membinasakan kehidupan serta mengancam masa depannya.

Tidak mungkin bagi Harakah Islamiyah dan rumah tangga muslim senantiasa hidup dalam keadaan demikian dan terus menerus demikian, pasti para pengikutnya akan terlepas satu demi satu, para anggota akan tercerai berai, pertemuannya tercabik-cabik dan mereka akan hilang tiada bekas.

Dua ayat mulia ini adalah :

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (QS. Al Hujurat : 12)

Sedangkan ayat yang lainnya telah tercantum pada pembukaan, yakni surat Al Hujurat ayat 11, yang mengandungi tiga inti persoalan iaitu larangan mencela, larangan memperolok-olok, serta larangan panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments

Umar bin Khattab, Al-Faruq (sang pembeza) dilahirkan pada tahun 13 setelah tahun Gajah, dan beliau berasal dari keluarga yang terhormat dikalangan suku Quraisy.

Sebelum masuk Islam beliau terkenal dengan peribadi yang paling keras permusuhannya terhadap Rasulullah saw dan sahabatnya, beliau menyangka bahawa nabi Muhammad saw. telah memecah belah manusia dengan membawa agama baru, kerana itulah hati beliau sudah semakin resah dan gelisah, beliau mengambil pedangnya untuk membunuh Rasulullah saw, namun ditengah perjalanannya beliau bertemu dengan seseorang, dan berkata sambil bertanya kepadanya :

“Hendak ke mana engkau wahai Umar ?” dia berkata : “Saya ingin membunuh Muhammad.” Orang itu berkata lagi : “Apakah kamu akan merasa aman jika engkau membunuhnya maka akan datang tuntutan dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah ?” dia berkata lagi : “Saya tidak peduli dengan itu, kecuali jika engkau telah keluar dan meninggalkan agamamu yang lama”. orang itu berkata lagi : “Mahukah engkau aku tunjukkan khabar yang menakjubkan dari itu ?” dia menjawab : “Apa itu “? Dia berkata : “Saudaramu Fatimah dan suaminya telah mengikuti agama Muhammad dan meninggalkan agamamu yang sekarang ini”.

Maka Umarpun berang lantas mengalihkan mukanya, lalu pergi menuju ke rumah saudaranya Fatimah untuk mendapatkan penjelasan akan khabar yang didengarinya. Saat dia sampai, di rumahnya ada Khobbab bin Al-Irt. Umar mendekati pintu rumah Fatimah dan mendengar perbualan mereka yang sedang membaca Al-Qur’an, lalu dia berkata sambil mencibir : “Suara apa ini yang sama sekali saya tidak memahaminya dari bacaan kalian”?

Kemudian Said bin Zaid, suami Fatimah berkata : “Ianya adalah Al-Quran yang sedang kami bicarakan antara kami.” Umar berkata : “kelihatannya kalian telah terpengaruh.” Lalu Said berkata lagi : “Apa pendapat kamu wahai Umar jika kebenaran datang dari selain agamamu”? Mendengar ucapan itu Umarpun menghampirinya dan langsung memukulnya, lalu datanglah adiknya Fatimah menghadang Umar dan mendorongnya hingga jauh dari suaminya, maka Umarpun menamparnya hingga darah mengalir dari wajah Fatimah, lalu diapun berkata :

“Wahai Umar, jika kebenaran bukan dari agamamu, maka saya bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Ketika Umar merasa geram dan kecewa akan keteguhan Fatimah dan suaminya, beliaupun berkata : “Berikan kepada saya kitab yang ada di tangan kalian agar saya baca”. Saudaranya berkata : “Sesungguhnya kamu najis dan kitab ini tidak boleh disentuh kecuali orang yang suci, maka beliau disuruh mandi dan berwuduk, dan beliaupun diajarkan bagaimana caranya berwuduk, lalu umarpun berwuduk kemudian mengambil kitab tersebut dan membaca ayat-ayat pertama dari surat Thaha, setelah itu beliau berkata kepada keduanya : “Tunjukkan saya dimana Muhammad !”

Setelah Khobab mendengar ucapan Umar beliaupun keluar dari persembunyiannya, dan berkata : “Bergembiralah wahai Umar, saya berharap engkaulah yang dimaksud dari doa Rasulullah saw kelmarin malam : “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan Umar bin Khattab atau Amru bin Hisyam”. Telah dikabulkan Allah, kamudian Khobbab dan Umarpun keluar menuju Dar el-Arqam di bukit Shofa, dimana saat itu Rasulullah saw sedang bersama sahabatnya.

Setelah keduanya menghampiri dari rumah yang dituju, terdapat disana Hamzah bin Abdul Mutthalib ra, Tholhah bin Ubaidillah ra dan sebahagian sahabat lainnya berada di hadapan pintu, setelah mengetahui yang datang Umar, Hamzah berkata kepada mereka yang berada disekelilingnya :

“Inilah Umar, jika Allah berkehendakan darinya kebaikan maka berilah salam dan tuntunlah beliau menghadap nabi saw, namun jika selain itu maka bunuhlah secara hati-hati, kemudian keluarlah Rasulullah saw hingga Umar menghampirinya, lalu beliau mengambil baju Umar dan bersabda :

“Tidaklah diberikan hidayah kepada engkau wahai Umar hingga Allah menurunkan kepadamu dari kehinaan dan kenistaan yang tidak diberikan kepada Al-Walid bin Al-Mughirah”.

Umarpun berkata : “Saya bersaksi bahawa Engkau adalah utusan Allah, dia bersaksi dengan penuh ketulusan dan kebenaran, maka kaum muslimin yang ada disekitarnya pun bertakbir hingga terdengar disepanjang jalan kota Makah.

Setelah itu Umar berkata kepada Rasulullah saw : “Wahai Rasulullah, kenapa kita harus menyembunyikan agama kita padahal kita berada dalam kebenaran, sedangkan mereka menampakkan agama mereka padahal berada dalam kebatilan ?”
Rasulullah saw menjawab : “Wahai Umar, jumlah kita saat ini masih sedikit, seperti yang engkau lihat saat ini”. Umarpun berkata lagi : “demi Dzat yang telah mengutusmu dengan hak, tidak akan ada suatu majlis saat saya masih kafir kecuali –mulai saat ini- akan saya tampakkan keimanan saya”.

Kemudian Umar keluar dan melakukan thawaf di Ka’bah, melewati sekumpulan orang-orang Quraisy yang sedang duduk-duduk dan merekapun memperhatikan beliau, maka Abu Jahal berkata kepada Umar : “Si Fulan telah menuduh kamu telah terpengaruh ?” lalu Umar berkata kepadanya : “Saya bersaksi tiada Tuhan selain Allah yang maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Utusan-Nya. Mendengar ucapan Umar, sebahagian kaum musyrikin menjadi berang dan langsung menyerangnya, namun Umarpun membalas memukul mereka, dan tidak ada salah seorangpun yang mampu mendekati Umar kecuali beliau berhasil menangkap tangan Ba’tah bin Rabi’ah dan memukulnya,  kemudian beliaupun pergi menghadap Rasulullah saw dan mengkhabarkan kejadian yang dialaminya, dan meminta kepadanya diizinkan untuk mengumumkan keislaman beliau dan para sahabat dihadapan kaum musyrikin Mekah.

Lalu akhirnya nabi saw dan para sahabatnya keluar melakukan Thawaf dan solat Zuhor di hadapan Ka’bah, semenjak saat itu beliau dijuluki dengan “Al-Faruq” kerana beliau telah berhasil memisahkan antara yang hak dan yang batil. (Ibnu Sa’ad).

http://halaqahmuntijah.wordpress.com/2010/03/21/kajian-sirah-sahabat-umar-al-khattab-al-faruq/

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments

The following is a comparison of Chinese characters in the Standard Form of National Characters, a common traditional Chinese standard used in Taiwan; the Xiàndài Hànyǔ Chángyòng Zìbiǎo, the standard for Mainland Chinese simplified Chinese characters; and the jōyō kanji, the standard for Japanese kanji. "Simplified" refers to having significant differences from the Taiwan standard, not necessarily being a newly created character or a newly performed substitution. The characters in the Hong Kong standard and the Kangxi Dictionary are also known as "Traditional," but are not shown.

Comparisons of traditional Chinese characters, simplified Chinese characters, and simplified Japanese characters in their modern standardized forms [a]
Traditional ChineseSimplified ChineseJapanesemeaning
Simplified in mainland China, not Japan
(Some radicals were simplified)
電电電electricity
買买買buy
開开開open
東东東east
車车車car, vehicle
紅红紅red (crimson in Japanese)
馬马馬horse
無无無nothing
鳥鸟鳥bird
熱热熱hot
時时時time
語语語spoken language
Simplified in Japan, not Mainland China
(In some cases this represents the adoption
of different variants as standard)
假假仮provisional
罐罐缶Tin can
佛佛仏Buddha
惠惠恵favour
德德徳moral, virtue
拜拜拝kowtow, pray to, worship
黑黑黒black
冰冰氷ice
兔兔兎rabbit
妒妒妬jealousy
Simplified differently in Mainland China and Japan聽听聴listen
實实実real
證证証certificate, proof
龍龙竜dragon
賣卖売sell
龜龟亀turtle, tortoise
藝艺芸art, arts
戰战戦fight, war
繩绳縄rope
關关関to close, relationship
鐵铁鉄iron, metal
圖图図picture, diagram
團团団group, regiment
轉转転turn
廣广広wide, broad
惡恶悪bad, evil
豐丰豊abundant
腦脑脳brain
雜杂雑miscellaneous
壓压圧pressure, compression
雞鸡鶏chicken
價价価price
樂乐楽fun
氣气気air
廳厅庁hall, office
Simplified identically in Mainland China and Japan聲声声sound, voice
學学学learn
體体体body
點点点dot, point
貓猫猫cat
蟲虫虫insect
舊旧旧old
會会会can (verb), meeting
萬万万ten-thousand
盜盗盗thief
寶宝宝treasure
國国国country
醫医医medicine
麥麦麦wheat
雙双双pair
觸触触contact
This table is merely a brief sample, not a complete listing.

Posted on Saturday, December 14, 2013 by Anonymous

No comments