Wednesday, 19 February 2014

Lelaki Amerika ini merasa puas hati apabila dapat menyapu di Rumah Allah SWT

Seorang lelaki amerika yang telah memeluk Islam, meminta penyapu daripada tukang sapu yang berkerja membersih Masjid Al-Haram Mekah untuk  membersih Masjid Haram, petugas tersebut tidak membenarkan warga amerika tersebut melakukan demikian, warga amerika Muslim tersebut mengeluarkan sedikit wang dari poketnya dan diberikan wang tersebut kepada tukang sapu tersebut, maka tukang sapu tersebut menyerahkan penyapu kepada warga amerika yang Muslim,  lalu warga amerika yang Muslim tadi menyapu lantai Masjid Haram Mekah dengan penuh perasaan dan keimanan, setelah puas hati dia membersihkan sebahagian lantai Masjid  Haram, dia menyerah kembali penyapu tersebut kepada tukang sapu yang bertugas.

Warga amerika tersebut telah berpuas hati kerana dapat berkhidmat pada Rumah Allah SWT walau seketika sahaja.

Begitulah sucinya insan yang berhati mulia, dunia Islam kini tidak lagi mementingkan amal kebajikan tetapi kebanyakkanya mementingkan wang dan upah sahaja, hanya sedikit sahaja golongan yang sanggup berkhidmat secara percuma kepada Rumah Allah SWT.

Sumber : DetikIslam

Posted on Wednesday, February 19, 2014 by Anonymous

No comments

Tuesday, 18 February 2014

 Mendoakan Ibu Bapa Yang Bukan Islam

Boleh tak seorang muslim convert mendoakan ibu bapanya yang non-muslim sebagaiman doa yang termaktub di dalam Al Quran…Rabbighfirli waliwadayya warhum……dan seterusnya.

1) semasa ibu bapa nya masih hidup?

2) Ibu bapanya sudah meninggal dunia?

JAWAPAN:

Tidak boleh , bahkan diharamkan seseorang muslim mendoakan orang kafir dengan doa memohon pengampunan dan seumpamanya walaupun mereka itu adalah kedua ibu bapanya samada semasa hidup ataupun selepas matinya (jika semasa matinya ia masih tetap tidak beriman kepada Allah swt) , berdalilkan maksud firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 113 :

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang Yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka Bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”.

Akan tetapi yang dibolehkan oleh seseorang Muslim ialah mendoakan agar orang kafir tersebut diberikan hidayah untuk menerima Islam , lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa yang masih belum menerima Islam.

WA

Rujukan :

Tashih ad-Dua , As-Syeikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid , Dar al-‘Asimah , 1999

*Sumber dari aljawhar.wordpress.com

Posted on Tuesday, February 18, 2014 by Anonymous

No comments

Monday, 17 February 2014

Buih

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Suatu keadaan yang nyata di hadapan kita sekarang, bahawa jumlah umat Islam sudah cukup ramai. Di dunia ini, satu setengah bilion lebih penduduk bumi adalah Muslim. Tetapi kita saksikan bahawa jumlah yang ramai ini belum tentu membawa umat ini keluar dari kesulitan. Inilah rupanya yang diungkapkan Rasulullah dalam hadis di atas. Patutlah kiranya kita semua, umat Islam melihat ke dalam, seberapa jauh kiranya kita sudah dijangkiti penyakit al - Wahn tersebut, penyakit cinta dunia dan takut akan kematian.

Tentunya ini tidak terlepas dari kesalahan pandangan umumnya masyarakat Muslim terhadap kehidupan dunia. Kenapa umat islam cintakan pada dunia dan takut mati? Ini kerana mansia memandang bahawa dunia ini adalah tempatnya segala kesenangan dan kematian adalah pemutus kesenangan tersebut.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Posted on Monday, February 17, 2014 by Anonymous

No comments

Sunday, 16 February 2014

Proses penggalian kubur Yasser Arafat telah bermula

Kerja menggali jasad pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Yasser Arafat telah bermula untuk siasatan pembunuhan lapan tahun selepas kematiannya.

Menurut sumber Palestin, proses penggalian, pada hari Selasa semalam (13/11) bermula dengan kemusnahan kaca makam dan nisan marmar, tindakan ini boleh sampai 15 hari kerana kerja rumit yang perlu dilakukan dengan tangan.

"Ini bermula dengan mengeluarkan batu dan konkrit serta memotong besi hingga mencapai tanah yang menutupi jasad, yang tidak akan dimusnahkan sehingga kedatangan pendakwa Perancis, Switzerland dan ahli penyelidik Rusia," kata sumber itu.

Penyelidik Perancis dan pakar dari Switzerland akan tiba di Tebing Barat pada 26 November untuk mengambil sampel dari jasad Arafat. Rusia juga akan membantu siasatan.

Penggalian tersebut dibuat setelah pemerintah Perancis membuka kertas siasatan pembunuhan kematian Arafat tahun ini selepas para saintis Swiss menjumpai kesan polonium, bahan radioaktif pada beberapa barang-barang miliknya. Polonium adalah bahan yang sangat beracun yang jarang ditemui di luar kalangan tentera dan saintis.

Penyiasatan dibuat selepas janda Arafat, Suha Arafat, membuat aduan undang-undang formal atas kematian suaminya.

Arafat meninggal pada usia 75 di sebuah rumah sakit tentera di Paris setelah ia menderita pendarahan otak dan koma. Pada saat itu, pihak berkuasa Perancis menolak untuk mendedahkan penyebab pasti kematiannya atas dasar undang-undang privasi, mencetuskan khabar angin bahawa agen mata-mata Israel Mossad, telah meracuninya. (Fq / prtv)

Sumber : DetikIslam

Posted on Sunday, February 16, 2014 by Anonymous

No comments

Subhanallah, Bayi Ini Lahir Membawa Alquran

Allah SWT tak pernah berhenti menunjukkan kuasa-Nya. Seorang bayi di Nigeria lahir sambil membawa Al-Quran dari rahim ibunya. Sejatinya, ibu bayi tersebut beragama Kristian, tapi pascamelihat mukjizat Allah tersebut, sang ibu dan nenek bayi tersebut langsung mengucapkan dua kalimah syahadat dan menyatakan diri masuk Islam.

Seperti diberitakan harian Pmnewsnigeria, Senin (14/5) kemarin, bayi tersebut lahir di 112 Olateju Street, Mushin, Lagos State, Nigeria Barat Daya pada 7 Mei 2012 lalu. Saat keluar dari rahim ibunya, bayi tersebut membawa sebuah Mushaf kecil di tangannya.

Kikelomo Ilori, nama ibu bayi tersebut. Wanita 32 tahun yang bekerja sebagai seorang ahli kecantikan langsung menukar namanya menjadi Sherifat ketika masuk Islam. Hal itu diikuti nenek bayi tersebut yang menukar namanya menjadi nama Islam.

Kelahiran bayi tersebut pun menarik perhatian para ulama di negara benua hitam tersebut. Para ulama di Nigeria berkumpul untuk memberikan nama kepada bayi tersebut. Setelah menyampaikan ceramah singkat, seorang ulama Nigeria, Ustad Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Untuk mengelakkan syirik dan kesesatan, Ustad Abdul Rahman juga menasihati sang ibu bila bayinya bukanlah seorang nabi, meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Al-Quran. Menurutnya, kejadian itu merupakan kehendak Allah, untuk menghantar bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan.

Dalam acara pemberian nama itu, turut hadir ulama tempatan, Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua Nasrulifathi Society of Nigeria, NASFAT, Ustaz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Alifathiaquareeb Islamic Society of Nigeria.

Kelahiran sang bayi pun memberi berkah bagi tetangga sekampung. Pedagang tumpah ruah menjual pelbagai souvenir berkaitan bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan imej bayi tersebut.

Tak heran bila kelahiran bayi tersebut dianggap kontroversi sebahagian pihak. Sesetengah pihak berkata mustahil, tapi sebahagian lainnya menganggap kejadian tersebut adalah kuasa Tuhan, dimana tak ada yang mustahil bagi-Nya.

Bahkan, seorang doktor dipecat gara-gara mengatakan bahawa kejadian tersebut adalah hoax alias berita bohong. Padahal saksi, media dan ibunya sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri.

sumber dari republika.co.id

Posted on Sunday, February 16, 2014 by Anonymous

No comments

hikmah simpan janggut

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


Nuffnang Ads
Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. sumber dari detikislam

Posted on Sunday, February 16, 2014 by Anonymous

No comments

Saturday, 15 February 2014


Kisah Pengislaman Rapper Terkenal Bad Boy

Kisah Pengislaman Rapper Terkenal Bad Boy | Salah satu bekas rapper dari Syarikat Rakaman Bad Boy telah masuk islam.Dikenali sebagai Loon atau nama sebenarnya.Kini nama islam beliau ialah Amir Junaid Muhaidith. Memeluk islam pada tahun 2008.

Hatinya mula tertarik untuk memeluk islam selepas mendengar azan ketika melawat negara islam kali pertama iaitu Dubai .Beliau tertarik dengan kalimah Allah yang dilaungkan itu,katanya lagi bunyi itu adalah bunyi yang paling terbaik yang beliau pernah dengar.

Sejak itu dia mula berminat dengan Islam dan mula belajar mengenai islam.Beliau melepaskan segala kemewahan dunia dan berhenti dari karier rappernya dan memberi tumpuan untuk belajar agama dan bahasa arab.

Beliau sering memberi dakwah ke seluruh dunia mengenai sebab beliau memeluk islam dan bagaimana dia mendapat ketenangan dan kebahagian yang beliau tidak dapat rasa sebelum ini.

Pada tahun 2011,beliau ditahan dan dipenjarakan atas kesalahan mengedar heroin antara tahun 2006 ke 2007.Kesalahan tersebut dilakukan sebelum beliau masuk islam.

Ramai orang memandang beliau masuk islam untuk lari dari kesalahan tersebut.Ini kerana selepas karier beliau berakhir.Beliau banyak berdakwah ke luar Negara dan menjadi imam di Algeria.

Hanya Allah sahaja tahu hati dan iman beliau bagaimana.Kita tidah boleh menuduh sahaja







Sumber : Kisah Pengislaman Rapper Terkenal Bad Boy | GilerKentang 

Posted on Saturday, February 15, 2014 by Anonymous

No comments