Diriwayatkan bahawa
seorang penjual daging terpesona dengan seorang jirannya. Suatu ketika,
gadis itu ditugaskan untuk menyelesaikan urusan keluarganya di mukim
yang lain. Si penjual daging mengekorinya dari belakang sehingga berjaya
menemui gadis tersebut. Si tukang penjual daging memanggil gadis itu
dan mengajaknya menikmati peluang yang jarang berlaku dan indah itu
(maksiat). Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Walaupun sangat
mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu,
si penjual daging merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar
hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia
lalu berkata, " Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."
Dia pulang dan
bertaubat. Semasa dalam perjalanan dia mengalami kehausan dan nyaris
mati. Dia kemudiannya bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama.
Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sehingga
mereka sampai di sebuah kampung. Mereka berdua yakin bahawa awan itu
untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di kampung tersebut.
Awan itu menjadi condong dan terus menaungi si penjual daging itu
sehingga dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kejadian
tersebut. Lalu dia mengikuti si penjual daging tadi dan terus bertanya
kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka lelakii soleh itu
berkata, " Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang
yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tidak
seorang pun berada di situ."
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber harmoni-my.org
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber harmoni-my.org
Memang kebaikan akan senantiasa dibalas dengan kebaikan dari Yang Maha Kuasa.
ReplyDeleteTerima kasih telah memberikan pencerahan di pagi ini dan mengingatkan kepada kita semuanya untuk selalu mengingat dan takut pada Allah Ta'ala
Salam kenal dan salam persahabatan
sama-sama semoga anda mendapat manfaat dari bacaanya
Delete