Dalam dunia tinju, siapa tidak kenal Mike Tyson? Jalan hidupnya penuh berliku. Di penjara adalah jalan bagi Tyson menemui hidayah Islam.
Tyson memeluk Islam ketika menjalani hukuman penjara atas tuduhan memperkosa ratu cantik Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1991. Sebelum dipenjara, Tyson sedang berada di puncak kariernya. Dia tercatat sebagai juara dunia tinju kelas Heavy Weights sejak 1986 hingga tahun 1990.
Selepas keluar dari penjara, Tyson pernah beberapa kali mengikuti perlawanan untuk mempertahankan gelarannya, namun tidak berjaya. Dia juga pernah muncul di arena gusti bebas di AS.
Mike Tyson
Selepas itu, Tyson seakan menghilang sehingga muncul khabar bahawa legenda tinju itu ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.
Perjalanan ke Tanah Suci itu meninggalkan kesan di hati bekas peninju dunia, Mike Tyson. "Saya masih menangis ketika saya teringat semasa datang ke Raudhoh di Masjid Nabawi," katanya ketika menceritakan saat-saat mengharukan ketika dia mengerjakan solat di Raudhah di samping makam Rasulullah SAW. "Saya bahkan berfikir untuk tidak beranjak dari tempat suci itu."
Secara bergurau Tyson berkata, dia tidak mahu dikenali sebagai Mike Tyson oleh orang lain ketika berada di Tanah Suci. "Saya berharap mereka membiarkan saya menikmati saat-saat saya penuh emosi dan bersendirian untuk berdoa."
Tyson pergi menunaikan umrah bersama-sama dengan presiden misi perdamaian Kanada, beberapa duta besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan cendekiawan Muslim Shazad Muhammad. Di Madinah banyak peminat beliau menunggu berjam-jam untuk melihat dan bergambar bersama peninju terkenal di dunia itu.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Moutain Flight : New Android Game
10 years ago
0 comments:
Post a Comment