Dawood, begitulah lelaki asal Inggeris tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Ia adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.
Ia dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sejak kecil, ia didik dengan doktrin Kristian hingga menginjak dewasa. Setelah tamat pengajian di universiti, ia bekerja pada salah satu syarikat Komputer di Inggeris.
Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya. Tiba-tiba saja, pagi itu ia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari biasa. Ia berpakaian layaknya Muslim di Timur Tengah.
Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.
Dawood muda kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di tempatnya bekerja juga menolaknya. Kerana dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.
Ia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.
Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakannya dari Inggeris mengajaknya untuk pulang ke Inggeris. Ia menolaknya. Akhirnya ia tetap menetap di Bosnia.
Ia seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk sosok yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.
Ia tidak melewatkan untuk solat malam, walau cuaca teramat sangat sejuk. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.
Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood kerana kasalehannya.
Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, ia sempat bermimpi. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.
Ia sempat bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?"
"Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu.
Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Inggeris. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.
Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana".
Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.
Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana ia ceritakan dalam mimpinya bahawa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.
Keesokan harinya Dawood terlibat dalam satu operasi ketenteraan melawan Pasukan Croatia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas seketika. Ia berguling ke bawah bunker Croatia yang mengakibatkan jasadnya tidak boleh diambil.
Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemui oleh Pasukan Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahawa jasad Dawood saat ditemukan sudah berbau kasturi. Jasad tersebut ditemui seperti kedudukan Dawood tertidur iaitu meringkuk menghadap ke kanan. subhanallah
- sumber dari republika.co.id
0 comments:
Post a Comment