Tahun ini Kolo Toure genap berusia 32 tahun. Lebih dari sepuluh tahun dia bermain bola di England. Mula terkenal di Arsenal, dia kemudiannya dibeli oleh Manchester City dengan harga yang tinggi. Tahun ini kontrak Toure bersama City tamat dan kini dia pancing oleh Liverpool.
Toure, berasal Ivory Coast merupakan salah seorang pemain bola sepak Muslim di Liga Perdana. Berbanding dengan liga lain, liga EPL jauh lebih keras dengan corak permainan kick and rush yang memerlukan tahap fizikal yang baik. Bagaimana Toure menyikapi puasanya di bulan Ramadan semasa persiapan musim depan? Berikut petikan wawancaranya:
Bagaimana puasa anda sekarang ini?
Anda pasti memerlukan disiplin. Bagi saya, lima hari pertama puasa itu sukar tetapi selepas itu, badan saya mula menyesuaikan diri dan anda akan merasa benar-benar bahagia,
Mengapa begitu? Mengapa puasa membuat anda bahagia?
Ketika puasa, anda membersihkan tubuh anda dan anda merasa lebih kuat setelah Ramadan. Saya baru saja menonton sebuah program di BBC tentang Demba Ba (penyerang Chelsea). Dia telah menghasilkan banyak gol setelah Ramadan kerana dia jauh lebih cergas. Saya fikir itu menakjubkan bagaimana Ramadan boleh membuat anda benar-benar kuat.
Setiap tahun, khabarnya anda selalu berpuasa ..
Kerjaya saya di England sudah bertahun-tahun. Apa yang penting adalah anda perlu makan dengan baik. Sangat penting bahawa anda makan makanan yang tepat kerana anda boleh mengalami lebihan berat badan atau anda kekurangan makanan dalam tubuh anda. Saya minum sangat banyak pada malam harinya.
Bagaimana dengan keadaan di Livperpool berkenaan dengan ibadah puasa anda?
Semua orang di kelab dan juga doktor sangat membantu serta menyokong saya. Mereka memberi saya banyak perkara yang membantu saya merasa lebih baik.
Anda masih berpuasa selama latihan?
Bagi saya, berlatih ketika berpuasa tiada masalah kerana secara mental saya bersedia untuk itu. Saya tetap memberikan 110 peratus kemampuan saya dalam latihan. Saya tidak akan pernah berkata: 'Tidak, saya tidak mahu melakukan latihan seperti itu.' Saya ingin berlatih sama tahapnya, saya ingin membantu rakan sepasukan saya dan saya mahu memenangi setiap perlawanan.
Apa erti Ramadan buat anda?
Saya akan meraikannya seperti setiap Muslim yang lain di dunia dengan keluarga, isteri dan anak-anak saya. Mereka akan berada di Liverpool sini nanti.
Dan bagaimana dengan lebaran?
Itu hari kemenangan. Semua orang sangat gembira kerana telah menjalani bulan yang sukar sehingga lebaran menjadi sebahagian yang penting. Kami akan makan, meraikan, dan saling memberikan salam. Kami menikmati hari itu.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Posted on Monday, January 13, 2014
by
Anonymous
0 comments:
Post a Comment